2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 2:55 AM

26Sabtu,Jun

Paras toksik paus sperma tinggi

BANGKAI paus sperma yang mempunyai paras toksik tinggi dijumpai terdampar di pantai Maghribi, baru-baru ini.
Kajian saintis dapati sampel tisu hidupan laut tercemar hasil kegiatan manusia

AGADIR, Maghribi : Saintis mendapati paus sperma yang mengembara di seluruh pelusuk lautan dunia, termasuk yang terpencil mempunyai paras toksik yang membimbangkan, sekali gus memberi amaran makanan laut mungkin tidak lagi selamat dimakan.

Satu laporan saintis Amerika Syarikat mendedahkan semalam sampel tisu paus sperma mempunyai paras kadmium, aluminium, kromium, plumbum, perak, raksa dan titanium yang tinggi.
Saintis berkenaan memperoleh sampel itu daripada 1,000 paus sperma dalam tempoh lima tahun.

"Paus sperma itu mendapatkan bekalan makanannya di perairan dari kawasan kutub sehingga ke khatulistiwa, ia mungkin dicemari bahan toksik terbabit hasil kegiatan manusia. Bahan toksik ini mengancam sumber bekalan makanan bagi manusia, selain mengancam kesihatan paus itu," kata pakar biologi, Roger Payne, pengasas dan presiden Ocean Alliance, kumpulan yang menghasilkan laporan berkenaan.

Saintis terbabit menemui raksa setinggi 16 bahagian bagi setiap satu juta dalam ikan paus. Ikan yang tinggi dengan raksa seperti jerung dan todak, jenis di mana pakar kesihatan memberi amaran kepada wanita hamil dan kanak-kanak untuk menjauhinya, biasanya mempunyai tahap kira-kira satu bahagian bagi setiap satu juta. 

Ikan paus mempunyai anggaran 2.4 bahagian raksa bagi setiap satu juta tetapi laporan penulis berkata organ dalaman mereka mungkin lebih tinggi berbanding sampel kandungan kulit.

"Seluruh hidupan laut kini diancam pencemaran yang kebanyakannya dibebaskan oleh manusia," kata Payne dalam satu temubual sempena mesyuarat tahunan Suruhanjaya Antarabangsa Paus di sini.

Payne berkata paus sperma yang menduduki tempat teratas rangkaian makanan menyerap pencemaran dan membebaskannya kepada generasi seterusnya apabila paus betina menyusu anak mereka.

"Apa yang berlaku adalah ibu paus memberikan lemak terlarut terkumpul dalam susu sepanjang ibu paus itu menyusui anaknya dan setiap generasi menurunkan lebih banyak toksik kepada generasi seterusnya," katanya.

Beliau berkata pencemaran terbabit boleh menjejaskan makanan laut, sumber utama protein haiwan kepada satu bilion penduduk.

"Anda boleh berhujah bahawa isu perkembangan ini adalah ancaman kesihatan terbesar yang pernah dihadapi spesis manusia. Saya mengesyaki ini akan memendekkan hidup, jika ia berterusan," katanya. – Agensi
Marjaki Rawo , Sabtu, Jun 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog