JOHANNESBURG 7 Jun - Afrika Selatan akan memperkenalkan perkhidmatan kereta api laju, yang merupakan yang pertama di benua ini mulai esok, ketika tinggal beberapa hari lagi sebelum kebanjiran peminat Piala Dunia.
Kereta api laju itu akan menghubungkan lapangan terbang utama negara ini ke bandar raya terbesarnya di sini.
Projek Gautrain bernilai AS$3 bilion (RM10 bilion) ini mengalami pelbagai masalah sejak kerja pembinaan bermula pada September 2006, termasuk mogok pekerja dan ekskavasi, dan hanya satu landasan akan dibuka minggu ini.
Namun pihak berkuasa wilayah Gauteng, kuasa ekonomi negara ini yang mentadbir Johannesburg dan Pretoria, menjelaskan bahawa ia akan membantu mengubah kehidupan pengguna dan menarik pelaburan jangka panjang.
"Perkara bagus yang dilakukan Afrika Selatan untuk Piala Dunia ialah kita tidak terhad melakukan sesuatu dari 11 Jun hingga 11 Julai, tetapi melaburkan wang sepanjang hayat.
"Buat masa ini, kesesakan jalan raya merupakan ancaman besar kepada kemajuan wilayah kerana jumlah trafik yang meningkat tujuh peratus setahun di jalan raya utama antara Johannesburg dan Pretoria," kata Ketua Menteri Gauteng, Nomvula Mokonyane kepada pemberita.
Tambah beliau, perkhidmatan kereta api laju itu akan menjadi aset dan harta bagi rakyat Afrika Selatan untuk beberapa generasi.
Seramai 300,000 pelancong asing dijangka memasuki negara ini untuk menonton kejohanan itu yang akan berlangsung selama sebulan, kebanyakannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo.
Perkhidmatan teksi dari lapangan terbang ke Johannesburg memakan masa sejam, namun kereta api laju hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit kerana ia bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "