LOS ANGELES - Rangkaian restoran makanan segera McDonald's menarik semula 12 juta gelas minuman yang dijualnya bagi mempromosikan filem terbaru Shrek.
Tindakan itu dibuat kerana lukisan yang ada pada gelas itu mengandungi logam kadmium yang bertoksik.
Syarikat McDonald's semalam menggesa para pelanggannya supaya berhenti menggunakan gelas berkapasiti 0.47 liter itu. Gelas tersebut dijual pada harga kira-kira AS$2 (RM6.50) yang boleh didapati dalam empat lukisan dengan menampilkan watak-watak utama dalam filem animasi tersebut.
Penyelidikan mendapati kadium boleh mengakibatkan tulang menjadi lembut dan masalah buah pinggang yang serius.
Pada kes gelas Shrek itu, terdapat kebimbangan mengenai pendedahan jangka panjang berhubung kadmium berkadar rendah.
Ia boleh melarut resap daripada cat ke dalam tubuh kanak-kanak jika tangan mereka tidak dibasuh terlebih dahulu. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

bahaya tu..
BalasPadam