Jualan lelong melibatkan lebih 1,000 keping gambar itu mencatat hasil jualan berjumlah AS$12.4 juta (RM40.10 juta), melebihi jangkaan sebelum ini berjumlah AS$10.7 juta (RM34.62 juta), kata syarikat pelelong, Sotheby.
Kira-kira 14 gambar berjaya mencatat rekod jualan tertinggi termasuk gambar yang dirakam oleh Ansel Adams dan Lucas Samaras.
Gambar yang dirakam Adams diberi nama Clearing Winter Storm, Yosemite National Park dilelong pada harga AS$722,500 (RM2.34 juta) pada Isnin lalu, lebih tinggi berbanding gambar sebelum ini, Moonrise, yang dirakam oleh Hernandez, New Mexico yang dilelong pada harga AS$609,600 (RM1.97 juta) pada 2006.
Sementara itu, gambar yang dirakam oleh Samaras yang diberi nama Ultra-Large (Hands) turut mencatat rekod jualan pada harga AS$194,500 (RM629,692).
Rekod jualan gambar yang dirakam Samaras yang mula menggunakan kamera Polaroid pada 1969 itu adalah berjumlah AS$$132,000 (RM426,679) yang dilelong pada 1989.
Sotheby yang bertanggungjawab menguruskan jualan lelong itu, bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli hasil seni tersebut.
Kesemua 1,000 keping gambar itu dijual oleh PBE Corporation yang sebelum ini dikenali sebagai Polaroid Corporation sebelum menanggung kerugian berjumlah AS$3.7 bilion (RM12 bilion) akibat perubahan tekonologi yang semakin canggih selain menjadi mangsa terhadap skim Ponzi.
PBE sebelum ini telah diisytihar muflis dan mahkamah di Minnesota membenarkan penjualan separuh daripada koleksi gambar-gambarnya untuk membantu membayar hutang.
Kamera Polaroid diperkenalkan pada 1948 oleh pengasasnya, Edwin H. Land yang kemudiannya melantik Adam sebagai konsultannya. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "