Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 5:00 PM

15Selasa,Jun

AS temui sumber mineral yang luas di Afghanistan

WASHINGTON 14 Jun – Sekumpulan ahli geologi Amerika Syarikat dan pegawai Pentagon menemui sumber mineral yang luas di Afghanistan, dipercayai cukup untuk menukarkan sebuah negara yang dilanda peperangan dan miskin itu menjadi satu pusat perlombongan paling menguntungkan di dunia, lapor The New York Time.

"Terdapat potensi yang menakjubkan di sini. Ia bergantung kepada banyak faktor tetapi saya fikir potensinya sangat besar," kata ketua Pusat Pemerintah Tentera Amerika Syarikat, Jeneral David H. Petraeus kepada akhbar itu dalam laporan yang diterbitkan hari ini.

Amerika menemui hampir AS$1 trilion (RM 3.26 trilion) sumber mineral yang belum diteroka di Afghanistan merangkumi besi, tembaga, kobalt, emas dan logam industri yang penting seperti litium, menurut laporan itu. The Times yang memetik memo Pentagon berkata Afghanistan mampu menjadi pengeluar litium terbesar seperti Arab Saudi, yang menjadi bahan utama bagi pembuatan bateri untuk komputer riba dan telefon bimbit.

Menurut laporan, ahli geologi Amerika Syarikat memulakan penyelidikan dari angkasa terhadap sumber mineral di Afghanistan pada tahun 2006, dengan menggunakan data yang dikumpul oleh pakar cari gali Soviet semasa era pendudukan Soviet di Afghanistan pada 1980-an. Berikutan keputusan positif, sebuah kajian yang lebih canggih dijalankan pada tahun berikutnya.

Pada tahun lepas, pasukan petugas Pentagon yang membina program pembangunan perniagaan di Iraq tiba di Afghanistan dan menjalankan kajian terperinci terhadap penemuan ahli geologi berkenaan. Pakar cari gali dibawa untuk mengenal pasti hasil kajian dan kemudiannya dibentangkan kepada pegawai atasan Amerika Syarikat dan Afghanistan.

Setakat ini, penemuan sumber mineral terbesar ialah besi dan tembaga, namun turut ditemui sejumlah besar niobium, iaitu sejenis logam lembut digunakan bagi pembuatan keluli superkonduktor serta unsur-unsur yang jarang ditemui dan emas yang banyak di kawasan Pashtun di selatan Afghanistan. – AP

Muhammad Ttuyup , Selasa, Jun 15, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog