2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Protests turn deadly in Thailand [35G]

Tuntutan Baju Merah kena tolak

Kerajaan Abhisit tidak mahu rundingan semula jika enggan tinggalkan kubu

BANGKOK, 19 Mei 2010 : Kerajaan Thailand menolak tawaran Baju Merah untuk mengadakan semula rundingan bagi menamatkan kebuntuan krisis politik negara itu, selagi kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan berkenaan tidak meninggalkan tempat perhimpunan mereka di sini.

Kumpulan Baju Merah membuat tawaran itu semalam selepas bersetuju menerima tawaran kumpulan senator negara itu menjadi perantara rundingan dengan kerajaan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Satit Wonghnongtaey memberitahu sidang media bahawa pihaknya tidak berminat untuk berunding selagi penunjuk perasaan tidak beredar dari tempat perhimpunan mereka sejak beberapa minggu lalu hingga melumpuhkan daerah beli-belah mewah Ratchaprasong di tengah kota Bangkok.

Dua rundingan sebelum ini gagal berikutan campur tangan pihak dari luar negara,” katanya, mungkin merujuk kepada bekas Perdana Menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra.

Kerajaan menuduh Thaksin yang hidup dalam buangan di luar negara untuk mengelak dipenjarakan berikutan didapati bersalah dalam satu kes rasuah, berusaha menggagalkan usaha perdamaian dengan kumpulan Baju Merah.

Sementara itu, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal keselamatan, Suthep Thaugsuban menganggap tawaran gencatan senjata oleh kumpulan Baju Merah sebagai ‘mengarut’.

 

Pasukan keselamatan menjalankan tugas mengikut arahan pihak berkuasa,” kata Suthep selepas tentera dikerah mengepung kawasan perhimpunan Baju Merah itu.

Misi kami ialah menghentikan kemasukan bekalan makanan, mengurangkan penunjuk perasaan baru dan memberi tekanan kepada mereka yang ada di tempat perhimpunan agar pulang,” katanya.

Beliau berkata, operasi merempuh tempat perhimpunan itu adalah pilihan terakhir.

Kumpulan Baju Merah yang menuntut pilihan raya baru diadakan segera bagi menggantikan kerajaan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengingkari tempoh akhir 3 petang (waktu tempatan) Isnin lalu, yang ditetapkan kerajaan bagi mereka bersurai dari tempat perhimpunan di Ratchaprasong itu.

Seorang jurucakap polis berkata, masih ada kira-kira 5,000 penunjuk perasaan, termasuk ratusan wanita dan kanak-kanak di tapak itu yang dilindungi ‘kubu’ himpunan tayar dan buluh runding didirikan Baju Merah yang kebanyakannya adalah penduduk miskin luar bandar dan pekerja buruh bandar.

Pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan yang tercetus hampir setiap hari sejak lima hari lalu mengorbankan 38 orang dan mencederakan lebih 240 orang.

Kawasan Bangkok yang berhampiran tapak perhimpunan penunjuk perasaan itu hampir lengang dengan suasana umpama zon perang berikutan kawalan ketat tentera. – A
FP

Adam Merah , Rabu, Mei 19, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog