2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 16 April 2025   
@ 18 Syawal 1446H / 12:47 AM

20Khamis,Mei

Permata Hijrah 'Tiada asas saintifik'

KUALA LUMPUR: Awas! Orang ramai yang ingin memulihkan masalah mata menggunakan kaedah alternatif diberi amaran supaya tidak terpengaruh dengan sebarang iklan atau produk kosmetik yang didakwa boleh merawat penyakit mata secara berkesan.

Lebih membimbangkan jika produk terbabit tidak merawat penyakit mata seperti diharapkan, sebaliknya menyebabkan pengguna kerugian semata-mata membeli produk yang tidak terbukti secara saintifik.

 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Eisah A Rahman berkata, terdapat hanya dua jenis produk penjagaan mata dikeluarkan syarikat Permata Hijrah yang dibenarkan berada dalam pasaran iaitu Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata. Menurutnya, kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan kilang Seri MH Ummi Sdn Bhd dinotifikasikan sebagai produk kosmetik oleh KKM.


Oleh kerana ia produk kosmetik maka tidak boleh digunakan untuk kegunaan di dalam biji mata dan tuntutan bagi merawat penyakit serta masalah berkaitan mata tidak dibenarkan. Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.


Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, media cetak dan risalah yang diedarkan dalam kempen promosi beberapa syarikat yang mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.


Dakwaan sebegini tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,” katanya.


Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan produk dari syarikat pengeluar kosmetik berhubung kesahihan tuntutan ketika promosi dan pemasaran.


Semua pengeluar dan ejen syarikat ini diingatkan, produk yang dinotifikasikan sebagai produk kosmetik hendaklah dipasarkan sebagai kosmetik dan tidak boleh membuat tuntutan yang jelas melampaui definisi kosmetik. Perkara ini sentiasa dipantau KKM dan jika terdapat bukti berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang, siasatan lanjut akan dibuat terhadap syarikat yang terbabit seterusnya didakwa,” katanya.

Menurut Eisah, pihak kementerian memandang serius kewujudan beberapa syarikat lain yang mengeluarkan produk kosmetik untuk mata yang juga menggunakan teknik promosi yang mengelirukan pengguna.


“Pengguna dan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan mata disaran supaya tidak membazirkan wang membeli produk berkenaan untuk tujuan rawatan kerana perbuatan itu bukan hanya sia-sia dan merugikan. Malahan ia turut mengundang bahaya yang lebih besar dari segi keselamatan dan kesihatan.”


Menurutnya, individu yang mengalami masalah kesihatan mata dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Bagi mereka yang mengalami kesan negatif akibat penggunaan produk berkenaan, mereka disaran melaporkan terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 8549 / 5551 untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi talian 03-7841 3200/ 3215 atau e-mel pharmacy1@moh.gov.my sekiranya memerlukan keterangan lanjut mengenai produk berkaitan.

Difahamkan, syarikat Permata Hijrah sebelum ini pernah mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil sampel produk mereka untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna.

Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah mendakwa kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya sebelum ini melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan, walhal bahan digunakan ialah air zam zam dan mutiara tanpa campuran bahan kimia. - myMetro

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Mei 20, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog