SYDNEY 15 Mei - Seorang remaja perempuan Australia yang menghabiskan tempoh selama tujuh bulan berlayar di laut menjadi orang paling muda berjaya mengelilingi dunia secara solo, tanpa henti dan tanpa bantuan.
Jessica Watson, 16, belayar masuk ke pelabuhan Sydney hari ini selepas menamatkan pelayaran sejauh 23,000 batu nautika.
Beribu-ribu orang berbaris untuk menyambut ketibaan Watson ketika perahu layar merah jambu sepanjang 10 meter memasuki pelabuhan.
Remaja itu berpijak di darat buat kali pertama dalam tempoh 210 hari apabila berlabuh di Opera House dengan disambut oleh ibu bapanya yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai mengambil keputusan 'gila' kerana membenarkan anak perempuan mereka melakukan pelayaran itu.
Watson terpaksa mengharungi ombak setinggi 12 meter dan perahu layarnya terbalik beberapa kali semasa pelayaran yang membawanya menghala ke timur laut merentasi Pasifik Selatan dan menyeberangi Khatulistiwa dan ke selatan ke Cape Horn di hujung Amerika Selatan.
Watson kemudian merentasi Lautan Atlantik ke Afrika Selatan, mengharungi Lautan Hindi dan menyusuri selatan Australia untuk tiba di destinasi terakhir bagi menamatkan pelayaran yang bermula pada 18 Oktober tahun lalu.
Remaja lelaki Australia, Jesse Martin masih memegang rekod sebagai pelayar termuda yang mengelilingi dunia secara solo, tanpa henti dan tanpa bantuan setelah menamatkan pelayaran pada 1999 pada usia 18 tahun.
Rekod Watson tidak dianggap sebagai rekod rasmi dunia kerana Majlis Rekod Pelayaran Laju Dunia tidak lagi mengadakan kategori 'pelayar termuda'. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "