CAPE CANAVERAL, Florida 6 Mei - Penerbangan terakhir kapal angkasa Atlantis menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dijadual dilancarkan pada minggu depan dengan membawa enam angkasawan termasuk barangan keperluan.
Pengurusan tertinggi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam bersetuju untuk menetapkan 14 Mei ini sebagai tarikh pelancaran kapal angkasa tersebut yang diajdual berlepas pada pukul 2.20 petang waktu tempatan.
Kebanyakan bebanan yang dibawa dimasukkan ke dalam modul buatan Rusia itu dan akan disambungkan kepada kompleks makmal yang mengorbit bumi itu secara kekal.
Para angkasawan terbabit akan menjalankan tugasan jelajah angkasa untuk menyambung bateri baru dan meletakkan antena simpanan.
Misi selama 12 hari itu dijangka merupakan yang terakhir buat Atlantis.
NASA akan menghentikan perkhidmatan tiga kapal angkasanya menjelang akhir tahun ini.
Selepas penerbangan Atlantis itu, hanya dua buah kapal angkasa yang masih meneruskan khidmat.
Bagaimanapun, Atlantis tidak akan dileraikan dan akan disimpan di muzium sejurus selepas penerbangan itu berakhir.
Selain itu, kapal angkasa itu juga akan disediakan untuk sebarang misi menyelamat bagi penerbangan kapal angkasa yang terakhir kelak.
Penerbangan yang terakhir itu yang akan dilakukan oleh Endeavour, dijadual dilancarkan pada awal November ini.
Sementara itu, Discovery sepatutnya melakukan penerbangan terakhirnya pada September ini. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "