2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Haram pungut derma tanpa tujuan

Kita sebenarnya tidak pernah berat tangan menghulurkan wang apabila didatangi peminta derma yang memohon bantuan untuk mendirikan masjid atau rumah anak-anak yatim.

Kita juga tidak pernah menyoal asal-usul kedatangan mereka atau melihat surat-surat yang dibawa atau membelek gambar di dalam fail.

Disebabkan sikap pemurah itulah, ada yang mengambil kesempatan.

Misalnya, memalsukan surat kelulusan meminta derma dan resit pembayaran bagi menyakinkan orang ramai bahawa mereka sememangnya memerlukan bantuan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, memungut derma tanpa tujuan atau menipu orang lain adalah haram dalam Islam.

Menurutnya, pelbagai kaedah penipuan dilakukan dengan tujuan mengutip derma bagi membina atau membaiki masjid sedangkan mereka menggunakan duit tersebut di jalan yang lain.

Beliau berkata, ada kaedah yang lebih baik daripada memungut derma iaitu memohon sumbangan menggunakan saluran yang betul sama ada pusat zakat atau baitulmal yang terdapat di setiap negeri.

Katanya, adalah lebih baik saluran itu digunakan bagi memelihara kesucian Islam di samping membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Tiada masalah memungut derma untuk amal jariah seperti pembinaan masjid, membantu anak-anak yatim dan sebagainya oleh organisasi tertentu bagi membantu meringankan beban tetapi perlu mendapatkan kebenaran,” katanya.

Penceramah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan masyarakat agar mengambil sikap berhati-hati sekiranya ingin menghulurkan derma.

Bagi memastikan kutipan untuk tujuan amal, surat pengesahan daripada jabatan agama Islam perlu ditunjukkan sebagai bukti.

"ni kerana setiap kutipan derma untuk tujuan amal perlu dibuat permohonan. Sekiranya kita masih ragu, boleh dapatkan alamat dan nombor telefon masjid sama ada wujud atau tidak,” katanya.

Menurut Ridhuan, penguatkuasaan undang-undang perlu digiatkan untuk memastikan sindiket penipuan kutipan derma dapat dibanteras sepenuhnya. – S
inar Harian

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Mei 20, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog