Seekor ikan lumba-lumba melompat ke atas sebuah bot bagi memburu pengganas ketika menyertai latihan antikeganasan di San Francisco, kelmarin.
SAN FRANCISCO 19 Mei - Haiwan laut yang dilatih khas oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS) mempamerkan aksi-aksi mengagumkan semasa menyertai latihan antikeganasan yang diadakan di California semalam.
Seekor singa laut mengambil masa tidak sampai seminit untuk menemui periuk api palsu di bawah jeti dekat Taman AT&T.
Seekor ikan lumba-lumba dengan pantas mengesan seorang 'pengganas' yang bersembunyi di dalam air sebelum seekor lagi singa laut yang membawa alat pengapit di mulutnya mengekang buku lali penyelam itu bagi membolehkan pihak berkuasa menariknya ke dalam kapal.
Mamalia-Mamalia Marin Tentera Laut yang berpangkalan di San Diego itu menjadi tarikan utama semasa latihan antikeganasan yang berlangsung di beberapa pelabuhan di California, mulai semalam,
Lebih 3,000 anggota pasukan keselamatan peringkat tempatan, negeri dan persekutuan turut serta dalam latihan keselamatan dalam negeri dan menghadapi bencana yang dimulakan oleh Gabenor California, Arnold Schwarzenegger pada 2004.
Latihan tahunan selama dua hari itu termasuk serangan olok-olok ke atas sebuah kapal kontena di Pelabuhan Oakland, letupan bom di Pelabuhan Redwood City, dan serangan pengganas di perairan dekat Los Angeles, Long Beach, Sacramento dan San Diego.
California menempatkan 11 pelabuhan yang mengendalikan 60 peratus daripada lalu lintas kapal kontena di negara ini, kata jurucakap program Mamalia Marin Tentera Laut, Tom LaPuzza.
"Keselamatan adalah amat penting. Manusia sangat lambat bergerak di dalam air manakala singa laut mempunyai penglihatan lima kali lebih tajam daripada manusia.
"Ikan lumba-lumba boleh menggunakan sonarnya untuk mengesan objek yang biasanya memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu untuk ditemui oleh manusia," kata beliau.
Program mamalia marin itu wujud sejak beberapa dekad lalu. Ikan lumba-lumba dan singa laut pernah digunakan semasa Perang Vietnam dan Operasi Pembebasan Iraq. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "