2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:56 PM

15Khamis,April

Twitter jadi sistem amaran awal wabak

VIENNA 14 April - Laman blog sosial Twitter boleh bertindak sebagai satu sistem amaran awal berhubung penularan wabak, menurut hasil kajian sekumpulan pakar dari London's City University yang diterbitkan semalam.

Munurut kajian tersebut, sejumlah tiga juta mesej atau dikenali sebagai 'tweets' dikirim dalam bahasa Inggeris melalui Twitter dari Mei hingga Disember 2009, yang mempunyai istilah flu.

Kajian tersebut diserahkan kepada Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ECCMID) yang sedang berlangsung di sini minggu ini.

''Jumlah 'tweets' yang kami kumpul melalui kata carian seperti 'flu' atau 'influenza' adalah mengagumkan,'' kata salah seorang pengkaji, Patty Kostkova.

''Sekarang kami sedang meneliti potensi data yang diperoleh itu bagi digunakan dalam sistem amaran awal sebab ia merupakan media masa sebenar. Ia boleh mendapat respons segera jika perlu,'' tambah beliau.

'Tweets' yang dikira oleh para pakar berkenaan mendapati, sejumlah 12,954 mesej mengandungi ungkapan 'saya menghidap selesema babi' dan 12,651 lagi dengan ungkapan 'saya menghidap selesema.'

Mereka juga mengira kekerapan penggunaan istilah lain seperti 'H1N1' dan 'vaksin.'

Pasukan Kostkova sedang bekerjasama dengan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) sebagai persediaan penganjuran Sukan Olimpik 2012 di London.

Twitter akan membolehkan NHS sebagai contoh, mempunyai akses yang lebih baik kepada sumber dan memberikan pelawat maklumat seperti doktor atau perkhidmatan kecemasan terdekat.

Di Geneva semalam, Pertuhuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati Internet mempunyai impak negatif dalam menangani wabak selesema melalui penyebaran spekulasi dan desas-desus.

''Mesej anti-vaksin amat aktif yang menyukarkan pihak berkuasa kesihatan awam menjalan tugas mereka di banyak negara,'' kata ketua WHO berkaitan influenza, Keiji Fukuda.

Walaupun begitu Kostkova berkata, pengawasan terhadap mesej Twitter mampu membantu mengetahui tahap kerisauan orang ramai dan boleh digunakan untuk mengesan bermulanya sesuatu wabak. - AFP

Muhammad Ttuyup , Khamis, April 15, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog