PUTRAJAYA, 8 April - Produk-produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya, dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Eisah A Rahman berkata produk-produk itu juga perlu melalui ujian dioksin bagi memastikan ia tidak bercampur dengan persekitaran yang tercemar.
"Kami sedar ada artikel-artikel dalam internet yang mendakwa minyak ikan boleh mengakis polisterin. Bagaimanapun, laporan itu sangat teknikal dan tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan bahaya berikutan penggunaan minyak ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Eisah berkata kementerian itu mempunyai program pemantauan bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk minyak ikan berdaftar yang berada dalam pasaran.
Beliau berkata sejak 2002 sehingga tahun ini, hanya empat laporan kesan buruk seperti cirit-birit, kembung, lesu dan hilang selera makan diterima Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) berkaitan produk-produk yang mengandungi minyak ikan.
Beliau berkata BPFK akan terus memantau produk-produk ini bagi memastikan keselamatan pengguna dan mendapatkan maklumat berkaitan menerusi rangkaian pengawalan, manakala para pengguna yang sangsi dengan produk-produk minyak ikan, atau sesiapa yang mengalami apa-apa kesan sampingan atau kesan buruk berikutan penggunaan produk-produk itu digalakkan dan dinasihatkan menghubungi NPCB di talian 03-7883 5400.
Pengguna juga boleh melaporkan kesan buruk dadah (ADR) dengan mengisi borang ADR yang boleh didapati dari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my, katanya.
Di Malaysia, 196 produk mengandungi minyak ikan telah didaftarkan sebagai makanan tambahan. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "