2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 5:03 PM

16Jumaat,April

Pengguna Twitter lebih 100 juta

SAN FRANCISCO 15 April - Laman jaringan sosial dan perkhidmatan mikro blog sensasi Twitter, kini mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar dan berharap dapat menarik beratus-ratus juta yang lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang melalui penawaran khidmat yang lebih mudah serta akses menerusi alatan mudah alih seperti telefon bimbit.

Pada persidangan pertama syarikat itu bersama pihak yang bertanggungjawab membangunkan Twitter semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Evan Williams berkata, firmanya melihat penjanaan pendapatan sebagai fokus utama untuk maju, satu perubahan pandangan buat satu syarikat yang sebelum ini lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan pengalaman pengguna.

Ulasan itu dibuat sehari selepas Twitter memperkenalkan satu program pengiklanan baru yang dipanggil 'Mempromosi Tweets', cubaan pertama untuk menjana keuntungan daripada perkhidmatannya dan satu peristiwa penting ke arah menawarkan khidmat baru kepada umum.

Pengasas bersama Twitter, Biz Stone berkata, Twitter secara kasar kini mempunyai 105 juta pengguna berdaftar.

Menurut persembahan slaid yang dibentangkan semasa persidangan semalam, Twitter berjaya menarik 180 juta pengunjung dalam tempoh sebulan, sekali gus menunjukkan ia lebih digemari berbanding jangkaan sebelum ini.

Laman web penyelidik pasaran internet comScore melaporkan, Twitter mencatat 69.5 juta pengunjung hanya pada Februari lalu.

Stone bagaimanapun tidak memberikan sebarang jangka waktu untuk khidmat jaringan sosial itu mencatat pertambahan jumlah pengguna berganda dalam masa hanya beberapa tahun.

Sebilangan syarikat swasta dilapor turut mewujudkan aplikasi khas yang membolehkan pengguna Internet mengakses Twitter dari laman web mereka.

Pembentangan Stone semalam menunjukkan bahawa 75 peratus jaringan perkhidmatan itu dihubungkan luar dari laman web Twitter.com sendiri.

Twitter yang membolehkan pengguna menghantar pesanan ringkas atau Tweets kepada pengunjung yang berdaftar sebagai ahlinya, merupakan satu daripada jaringan perkhidmatan sosial paling popular selain Facebook dan Linkedin. – Reuters

'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, April 16, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog