/

Mak, Ayah ... Pastikan Anak Anda Bersarapan Pagi Sebelum Ke Sekolah

Ibu bapa mesti mewajibkan anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan pagi dalam bahasa inggeris ialah "breakfast". Mari kita teliti makna "break" dan "fast". Secara literalnya "break" bermakna "pecah" dan "fast" bermaksud "puasa".

Memang tepat sekali perkataan "breakfast" kerana ia apabila seseorang bersarapan pagi (katakan jam 6.30 pagi) ia seperti "memecahkan puasa" sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam, mungkin 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna si anak (kita sekalipun) telah 'berpuasa' selama lebih kurang 10 jam.

Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh.

Saya juga teringat kata-kata pujangga yang berbunyi: "Makan pagi seperti seorang raja (king); makan tengah hari seperti anak raja (prince) dan makan malam seperti seorang miskin (pauper)". Pepatah Arab pula ada menyebutkan "Makan pagi seorang diri (makan banyak), makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan, jadi makan secara sederhana) dan makan malam dengan satu kampung (kerana terlalu ramai, hanya boleh makan sedikit)".

 

Kedua-dua kata-kata di atas menekankan peri pentingnya makan pagi dan makan dengan jumlah yang banyak. Malangnya budaya kita sekarang, jam 1 atau 2 pagi, berduyun-duyun orang di kedai nasi kandar makan (sambil menonton bola sepak di skrin besar). Itu amalan tidak sihat sebenarnya !

Sarapan pagi akan sebenarnya memberi tenaga kepada mereka untuk menghadapi pelajaran nanti. Menurut Carson Wade dalam bukunya
Natural Energy Booster, "Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga".

Kata pakar pemakanan itu, "walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi  tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur".

 

Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati "pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun" Kelembapan otak diukur dari sudut "reaction time" (masa tindak balas) dan "mental agility" (ketangkasan berfikir).

Catherin Kong, seoeang pakar pemakanan dalam temubual di "Breakfast on 2" TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka dari pelajar Melayu.

 

Saya tak tahu. Kita fikir dan renunglah !

Ibu dan ayah, jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan lapuk yang sering digunakan apabila ibu bapa cuba mencari alasan tertentu dalam soal pendidikan anak. Juga jangan bagi alasan "anak saya tak mahu makan pagi". Ya, memang betul sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan bersarapan pagi. Fikir dan renung. Terima kasih.

 

Diambil daripada email :: Xyrean <zyirene@yahoo.com>, Yahoo Group-Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com> : Wed, April 21, 2010 3:03:13 PM

Muhammad Ttuyup , Khamis, April 22, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog