Salam
Din Beramboi meninggal dunia
Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.
Just nak share@mengimbau kenangan silam Allahyarham, sapo2 yang ponah beli & baca Majalah Ujanng
EDITORIAL MAJALAH UJANG 1 JANUARI 1994
Pertama-pertama kalinya pakcik ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada penerbit majalah ujang kerana berjaya memujuk pakcik menulis diruangan editorial ini.
maklum sahajalah, penulis-penulis besar seperti pakcik tidak ada masa untuk berkarya di dalam majalah yang kurang terkenal. Kalau ada masa pun pakcik tak ada minat. bukanlah kerana bongkak, sombong, riak, aksyen atau lain lain perkataan yang sama erti dengannya, cuma terasa janggal. Sebabnya, selama ini pakcik pakcik cuma menulis untuk majalah yang bertaraf antarabangsa sahaja, seperti The Weekly Bush Pot, Vouge The Do Minde, Astro And De Klumpang dan banyak lagi. Tentu saja korang tak pernah mendengar nama nama majalah tersebut. Apatah lagi membacanya, ye tak?!
Sepertimana yang telah pakcik nyatakan sejak awal lagi, majalah-majalah tersebut adalah bertaraf antarabangsa. Maka ianya sukar di dapati di Malaysia. Baik di Ipoh ataupun Kedah. Pasarannya lebih tertumpu di persekitaran Eskimo dan Bermuda Triangle. Sebahagian kecil pula diedarkan di pergunungan Amazon dan Tasik Ontario.
Disamping itu pakcik hanya menulis buku buku yang tebalnya lebih daripada lima ratus halaman. Seperti Encyclopedia, Encyclopomereka dan buku panduan telefon.
Maka ternyatalah di sini dua factor utama yang boleh merangsangkan keinginan pakcik berkarya di dalam sesuatu majalah atau buku itu adalah:-
Pertama: Produksi itu mestilah bertaraf antarabangsa
Kedua: Buku atau majalah itu haruslah tebalnya lebih daripada lima ratus halaman.
Ketiga: Salah satu yang tersebut diatas atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan kepada prinsip inilah maka pakcik menganggap penerbit majalah UJANG ini cuba memusnahkan kerier pakcik sebagai penulis yang berpotensi apabila menawarkan satu column di dalam majalahnya. Pakcik tidak mahu masyarakat di sebelah Negara barat yang selama ini menyanjungi dan mengkagumi kewibawaan pakcik, akan hilang kepercayaannya.
Tetapi kenapa pakcik sanggup mengorbankan nama yang telah bertahun tahun pakcik gilap itu? Kenapa pakcik rela meninggalkan kerier sebagai penulis professional semata mata untuk mendapat tempat di majalah UJANG yang tidaklah setebal buku panduan telefon ini?
Jawapannya mudah sahaja
Pertama: Ia mengunakan motto: MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA. ( Dengar aje perkataan antarabangsa tu, pakcik dah rasa lemah dah )
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- -> Kedua: Menurut firasat pakcik, majalah inilah akan menguasai pasaran majalah humor tempatan dan bakal menjadi majalah kartun nombor satu Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketiga: Sebab kartunis Ujang tu gilo.
Kalau kau orang nak tau setakat mana kegilaanya apabila pakcik berganding bahu dengan Ujang gilo tu….Jangan lupa ikuti majalah ini setiap keluaran. SELAMAT TAHUN BARU dan selamat menyambut majalah baru
Yang Hensem,
DIN BERAMBOI
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA KAKI : SEBOLUM DEN BALIK KO UTAN MALAM NI...DEN NAK TINGAAN SEKELOMPAP PANTUN~
UJANG BUKAN SOBAGHANG UJANG
UJANG FAKIR TAKDO GHOTO
DAGANG BUKAN SOBAGHANG DAGANG
DAGANG GHINDU SETONGAH GILO.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "