/

Bangunan tiga tingkat guna 1.5 juta botol plastik

SEORANG pekerja berjalan di hadapan bangunan EcoARK yang diperbuat daripada 1.5 juta botol plastik di Taipeh

TAIPEI - Sebuah syarikat Taiwan membina ruang pameran setinggi tiga tingkat menggunakan sejumlah 1.5 juta botol plastik bagi meningkatkan kesedaran terhadap kempen kitar semula, sekali gus menjadikan ia yang pertama di dunia.

Kumpulan Far Eastern, yang terkenal dengan perkhidmatan kewangan dan pembinaan, menghasilkan struktur setinggi 26 meter dan 130 meter panjang itu sejak tiga tahun lalu.

Jurubina mengambil botol-botol plastik dari tempat pembuangan sampah untuk diproses semula menjadi bekas plastik yang kukuh dan berupaya menghalang elemen-elemen seperti ribut dan gempa bumi, menurut Arthur Huang, pengarah urusan kontraktor Miniwiz Sustainable Energy Development Ltd.

Semua botol itu diambil dari tempat pengumpulan sampah dan dikitar semula untuk menjadi bekas plastik yang disusun rapat-rapat dan kukuh bagi menghadapi gegaran gempa bumi.

Menurutnya, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu membina ruang pameran dengan keseluruhan dindingnya diperbuat daripada botol plastik.

"Pengerusi Far Eastern sangat dedikasi apabila menyentuh mengenai isu pemeliharaan alam sekitar. Dia sering berkata pemeliharaan alam sekitar tidak boleh menunggu kita dan melihat usaha ini mampu dikekalkan sehingga sepuluh tahun akan datang," katanya.

Ruang pameran yang digelar EcoARK itu merangkumi amfiteater, ruang muzium dan sebuah skrin air terjun yang dikumpulkan semasa musim hujan yang digunakan untuk sistem kitaran udara.

Bekas plastik jernih di dinding membenarkan cahaya matahari masuk secara semula jadi bagi menerangi ruang pameran itu.

Menurut Huang, Far Eastern akan menyumbang binaan bernilai T$133 juta (RM13.5 juta) itu kepada bandar ini pada bulan depan untuk digunakan sebagai tempat pameran fesyen semasa pameran flora yang akan berlangsung pada November ini.

Selain itu, beliau berkata, selepas acara itu tamat, panel dinding itu akan dibuka dan dipasang semula di kawasan lain. – Reuters

'Api' Harjan Milosevic , Khamis, April 15, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog