2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 14 April 2025   
@ 16 Syawal 1446H / 10:24 PM

22Khamis,April

Amaran letusan kedua

Ledakan gunung berapi Katla di Iceland dijangka lebih besar

LONDON: Presiden Iceland, Olafur Grimsson dan saintis bimbang satu lagi gunung berapi diberi nama Katla, akan meletus sekali gus memburukkan semula keadaan.

 

Katla lebih besar dan hanya berlaku sekali setahun. Kali terakhir ia meletus ialah 1918, jadi kita perlu berwaspada. Sebab itu, kami ada pelan kecemasan. Kerajaan Eropah lain dan firma penerbangan juga perlu merancang lebih awal,” katanya. Katla terletak di sebelah timur gunung Eyjafjallajokull lebih kecil yang memuntahkan gumpalan debu ke ruang udara hingga melumpuhkan penerbangan antarabangsa.

Kadar debu hitam gunung berapi Iceland berkurangan dengan mendadak kelmarin, membenarkan pihak berkuasa mengurangkan sekatan ke atas penerbangan.

Bagaimanapun, gunung berapi terbabit mungkin meletup lagi dalam tempoh beberapa hari, minggu atau berbulan lamanya, kata pakar.

Jika berulang, debu itu mungkin kembali menyelimuti Britain dan bahagian utara Eropah, menyebabkan pesawat terkandas semula. Selepas beberapa hari aktiviti letupan, gunung berapi Eyjafjallajokull mula tenang, semalam.

 

Awan debu minggu lalu amat dramatik dan terlalu tinggi di atmosfera kerana bahagian atas gunung berapi terbabit dilitupi lapisan ais yang tebal.

Kombinasi air dan ais dalam lahar yang meletus menjana letupan kuat yang menyebabkan gumpalan debu beribu-ribu meter tinggi.

Namun, sebahagian besar ais meliputi kawah gunung berapi sudah cair, membenarkan lahar mengalir tanpa membahayakan penduduk.

Bagaimanapun, pakar geologi menekankan, tempoh berehat kemungkinan hanya sementara.

Dr Dave McGarvie, dari Open University berkata: “Memang biasa letusan bermula dengan bertenaga dan kemudian senyap pada satu ketika selepas lahar dimuntahkan. Pada masa sama, letusan seperti ini mungkin berlaku beberapa pusingan dan ledakan boleh bermula bila-bila masa.”

“Sama ada ia akan mendatangkan masalah bergantung kepada kekuatan letusan itu, jenis magma yang keluar, berapa pantas ia meletus serta berapa banyak interaksi dengan ais dalam kawah
.”

Dr Sue Loughlin dari Biro Kajian Geologi Britain berkata: “Dua gunung berapi itu berdekatan antara satu sama lain dan tiga daripada empat letusan sebelumnya di Eyjafjallajokull dikaitkan dengan letusan di Katla”. – A
gensi

 

Marjaki Rawo , Khamis, April 22, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog