2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 7:25 PM

18Khamis,Mac

Tamadun yang Selamat

Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan dan tamadun material dan fizikal ia boleh memberi kemudahan hidup dan kehidupan kepada manusia. Ia boleh membawa keselesaan hidup, apa yang dikehendaki oleh manusia dicapai, apa yang dicita-cita mudah dapat, tetapi semata-mata itu sahaja, ia bukan segala-galanya. Sekadar itu saja belum boleh menjamin keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian di dalam kehidupan bermasyarakat di dunia ini. Apatah lagi untuk memperolehi keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.

Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang dibangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan ketaqwaan,

jika iman dan taqwa tidak menjadi tunjang kepada segala usaha kita,

ertinya kita telah memutuskan diri dari Allah Taala,

kita terlepas daripada Allah.

Maka Allah akan berlepas diri dari kita.

Justeru itu risikonya yang kita akan tanggung itu berat iaitu bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita sekalipun usaha kita itu berjaya, nampak lahirnya hebat, gah, cantik, indah, mempesona, ia sepertilah seorang yang berkahwin dengan seorang gadis yang cantik, berpelajaran, bangsawan, hartawan, tapi mulutnya celupar, suka merajuk, curang, tidak setia, tidak boleh dikontrol, melawan dan berbagai-bagai kerenah lagi. Hajat hendak berkahwin dengan perempuan cantik tercapai, orang lain melihat iri hati, namun demikian masa habis hendak melayan kehendak-kehendaknya serta tersiksa berhadapan dengan kerenah-kerenahnya. Lantaran itulah Allah Taala berfirman:
Maksudnya:
"Barang siapa yang berpaling dari mengingati Aku, baginya hidup yang susah." (Thaha: 124)

Kerana jika tamadun lahiriah semata-mata, ia sangat dekat dengan nafsu, ia sangat dicintai oleh nafsu manusia. Sedangkan nafsu watak semula jadinya; seperti yang Allah SWT gambarkan melalui Al Quran, terlalu jahat, iaitu:
Maksudnya:
"Sesungguhnya nafsu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Ertinya nafsu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antara kejahatannya ialah, rakus, tamak, bakhil, gelojoh, melulu, mementingkan diri, angkuh, suka monopoli, suka berfoya-foya, cenderung kepada wanita, makan minum, harta kemewahan, pangkat, darjat dan lain-lain.

Justeru itu kemajuan dan tamadun lahiriah kalau tidak ditunjangi oleh iman dan ketaqwaan, ia akan disalahgunakan dan merosakkan manusia. Ia akan melahirkan manusia yang sombong, bangga, tamak, bakhil, mementingkan diri, penindasan dan kezaliman, suka zina, pembaziran, suka menompok-nompok harta, menghina orang, lupa Allah dan Akhirat dan seribu satu macam kejahatan lagi. Dari penyakit-penyakit tadi akan lahir pula penyakit-penyakit lain reaksi dari gejala-gejala tadi. Orang akan sakit hati, dengki,rasuah, dendam, perbalahan, krisis, jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, kemuncaknya pembunuhan.

 

Kalau sudah begitu, hilanglah kasih sayang, retak perpaduan, terkuburlah ukhwah, matilah keharmonian. Keamanan dan keselamatan yang diidam-idamkan hanya tinggal di dalam impian semata-mata. Itulah yang telah berlaku kepada Firaun dan orang-orangnya, Namrud dan orang-orangnya. Itulah juga yang berlaku kepada Qarun dan Hamman, itulah juga yang telah berlaku kepada kuasa-kuasa Barat dan negara blok komunis terutama Rusia dan China.

Maka justeru itulah dalam wahyu yang pertama lagi Allah SWT telah mengingatkan iaitu:
Maksudnya:
"Bacalah dengan nama Tuhan yang Mencipta." (Al 'Alaq: 1)

Yakni Allah mengajak kita mengingati-Nya dan mengajak kita membaca atas nama-Nya. Dengan kata-kata yang lain yang lebih luas lagi kalau kita huraikan, Allah mengajak manusia hendaklah menggunakan akal, mencari ilmu, berkemajuan, membangun, berjuang menegakkan tamadun dan apa sahaja hendaklah atas nama-Nya iaitu Tuhan yang mencipta manusia dari segumpal darah. Iaitu segala-galanya dilakukan dan dibangunkan atas dasar iman dan ketaqwaan, kerana Allah, cara Allah dan untuk keredhaan Allah.

Kesannya tidak usah bimbang, memanglah kepada manusia, untungnya adalah kepada manusia. Allah tidak memerlukan kemajuan, Allah tidak berkehendak kepada tempat tinggal dan makan minum, Allah tidak perlu itu semua. Yang perlu itu semua adalah manusia, Allah sudah sedia sempurna dan selamat. Justeru itu Allah mengajak membuat apa sahaja kerana-Nya, dengan itu Allah akan memberi rahmat dan keberkatan. Allah akan menjaga dan melindungi daripada segala pancaroba daripada usaha-usaha itu.

Atau dengan kata-kata yang lain, seolah-olah Allah berkata:
Belajarlah atas nama-Ku, beribadahlah atas nama-Ku,
berekonomilah atas nama-Ku, berkemajuanlah atas nama-Ku,
berpendidikanlah atas nama-Ku, berjuanglah atas nama-Ku,
merdekalah atas nama-Ku, bernegaralah atas nama-Ku,
mentadbirlah atas nama-Ku, bertamadunlah atas nama-Ku,

begitulah seterusnya.

Oleh itu Allah tidak mengajar manusia membuat apa sahaja kerana selain-Nya. Ertinya, Allah melarang beribadah, mencari ilmu, membuat kemajuan, membantu, menderma, bergotong-royong, berpolitik, berjuang, mentadbir, berekonomi, berpendidikan kerana atau untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana megah, kerana mahu dihormati, kerana mahu disanjung dan dipuji, kerana nama dan lain-lain lagi, tetapi Allah mengajak kerana-Nya.

 

Kalau dibuat selain kerana Allah, dianggap syirik khafi, sia-sia sahaja, usaha-usahanya itu tidak dapat apa-apa pahala, Allah berlepas diri. Kalau ada pun sedikit keuntungan, hanya keuntungan di dunia. Di Akhirat kebaikannya tertolak, akibatnya terjunlah ke Neraka, wal'iyazubillah.

di petik dari global ikhwan..

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Mac 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog