2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 12:50 PM

18Khamis,Mac

Snek dari tanah yang enak

TUBAN (Indonesia): Tanah di Indonesia bukan hanya menjadi bahan mentah untuk menghasilkan batu bata ataupun seramik tapi juga menjadi makanan kesukaan keluarga sejak sekian lama.

Bagaimanapun, snek dibuat daripada tanah liat diambil daripada sawah padi yang dikenali sebagai ampo ini hanya dihasilkan di Tuban, Jawa Timur.


Walaupun tiada pakar perubatan mengkajinya, penduduk mendakwa snek daripada tanah liat itu berkesan sebagai penahan sakit dan wanita hamil digalakkan memakannya kerana ia dipercayai mampu melembutkan kulit bayi yang dikandung. Tiada resepi istimewa untuk menghasilkan snek ini kerana pembuat hanya memukul tanah dengan kayu hingga ia menjadi keras.


Tanah itu kemudian dikikis daripada permukaan snek yang dibentuk dengan menggunakan buluh berbentuk pisau dan ia kemudian diletakkan di dalam pasu tanah liat yang besar.


Selepas dibakar setengah jam ia sudah siap untuk dimakan.


Menurut pengeluar ampo, Rasima, 53, mutu ampo bergantung kepada kualiti tanah, semakin tinggi kualiti tanah, semakin sedap ampo yang dihasilkan.

Rasima menghasilkan ampo setiap hari untuk dijual di pasar tempatan, kerja yang dilakukan sejak zaman nenek moyangnya.


Beliau bagaimanapun pengeluar tunggal di kampungnya dan memperoleh pendapatan sehingga AS$2 (RM6.90) sehari bagi menampung kekurangan keluarganya yang bertani.


Penghasilan ampo menjadi tradisi keluarga kami dan saya tidak pasti bila ia bermula. Saya hanya tahu moyang pernah menghasilkannya dan ia kemudian diteruskan oleh nenek dan emak dan kini ia diserahkan kepada saya pula,” katanya.


Rasima berkata, kebolehan mengenal pasti tanah berkualiti hasil daripada kerja hariannya di sawah.


Saya sentiasa berjalan sekeliling wilayah, mengambil upah di sawah orang dan ada kalanya mencari daun pisang dan juga pucuk paku,” katanya lagi.


Peminat makanan ini mendakwa ia menyejukkan dan amat lembut.


Rasanya juga sedap dan saya suka makan ampo. Tiada apa yang istimewa mengenainya tapi ia berasa sejuk di dalam perut,” kata Siti Qomariyah yang makan ampo sejak kanak-kanak lagi. - R
euters

Adam Merah , Khamis, Mac 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog