NEW DELHI 14 Mac - Rusia akan membina lebih 1,000 jet pejuang kalis radar dalam tempoh empat dekad akan datang, termasuk sekurang-kurangnya 200 buah untuk pembeli senjata tradisinya, India.
Pengeluar pesawat Sukhoi menguji jet pejuang generasi kelimanya pada akhir Januari lalu, dan Moscow mendakwa pesawat tersebut akan mampu menyaingi jet pejuang Amerika Syarikat, Raptor F-22 yang dibina lebih sedekad lalu.
Sukhoi berharap jet pejuang yang diberi kod nama T-50 itu akan sedia digunakan pada 2015.
"Jika kita bercakap mengenai pesawat perang jenis ini, sudah tentu ada pasaran untuknya jika kami mengeluarkan 1,000 buah jet," kata Pengarah Sukhoi, Mikhail Pogosyan kelmarin, semasa lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke India.
Beliau melahirkan keyakinan tidak wujud persaingan sengit di pasaran dunia bagi pesawat sedemikian. Katanya, Rusia akan membina lebih 1,000 pesawat berkenaan dalam tempoh 35 hingga 40 tahun.
Selepas penerbangan ujian itu, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan pada pesawat tersebut.
Menurut penganalisis, rancangan Rusia untuk mengadakan usaha sama dengan India bagi mengeluarkan pesawat Sukhoi dijangka tidak disenangi oleh jiran India iaitu Pakistan dan pesaing serantau, China.
"Saya percaya lebih 200 pesawat akan dijual kepada India, manakala Kementerian Pertahanan (Rusia) akan membeli tidak kurang daripada jumlah itu," kata Pogosyan.
Kira-kira 600 lagi akan dijual kepada negara lain, katanya. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "