2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pesakit diabetes tidak digalak agresif

ATLANTA, Georgia 15 Mac - Pesakit diabetes yang berusaha merendahkan tekanan darah dan kolestrol mereka secara agresif sebenarnya tidak mengurangkan risiko serangan jantung dan mungkin boleh menderita kesan sampingan yang lain, menurut satu kajian yang disiarkan semalam.

Keputusan percubaan klinikal oleh Action to Control Cardiovascular Risk in Diabetes (ACCORD) itu sekali gus menolak saranan perubatan yang diberikan kepada pesakit diabetis peringkat kedua sejak sekian lama yang didapati berisiko menghadap serangan jantung, strok atau kematian akibat penyakit kardiovaskular.

"Maklumat ini mengandungi panduan untuk mengelak peningkatan rawatan tidak diperlukan yang menyediakan faedah terhad serta meningkatkan risiko kesan sampingan yang lain," kata Susan Shurin, pemangku pengarah Institut Jantung, Paru-Paru dan Darah di Institut Kesihatan Kebangsaan, penaja utama ACCORD.

Kajian yang dibentangkan dalam satu persidangan tahunan ke-59 Kolej Kardiologi Amerika dihadiri oleh 10,251 pesakit diabetis peringkat kedua yang berumur antara 40 hingga 79 tahun dengan purata 10 tahun.

Kesemua peserta menyertai kajian itu menghidap risiko tinggi penyakit kardiovaskular.

Kajian itu dijalankan untuk menilai kesan penyakit jantung ke atas pesakit diabetis yang mengurangkan gula dalam darah atau tekanan darah secara agresif semasa meningkatkan paras kolestrol.

Semua peserta didaftarkan dengan ujian kawalan kandungan gula dalam darah dengan segelintir daripada mereka turut ditugaskan menjalani ujian tekanan darah dan mereka yang lain diberikan rawatan kolestrol.

Penyelidik daripada 77 pusat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada membahagikan 4,733 peserta yang mempunyai tekanan darah tinggi kepada dua kumpulan untuk menerima sama ada rawatan intensif untuk tekanan darah atau rawatan biasa.

Selepas susulan purata kira-kira lima tahun, penyelidik mendapati tiada perbezaan ketara antara kedua-dua kumpulan.

Terdapat 208 penyakit kardiovaskular dalam kumpulan intensif itu manakala 237 pula dalam kumpulan yang biasa, menurut kajian, walaupun mereka turut mendapati bahawa risiko serangan strok kurang 40 peratus berlaku ke atas kumpulan intensif itu.

Bagaimanapun, peserta dalam kumpulan tekanan darah intensif didapati lebih banyak menghidap komplikasi seperti tekanan darah rendah yang luar biasa atau kandungan potasium yang tinggi dalam darah, menurut kajian itu lagi. - AFP

Muhammad Ttuyup , Selasa, Mac 16, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog