JEDDAH: Seorang pakar perundangan Islam di Universiti Islam Imam Muhammad Saud mencadangkan kerajaan membina tingkat khas untuk wanita di Masjidil Haram bagi mengelak percampuran ketika tawaf dan solat.
Dr Yousuf al-Ahmad berkata, Islam mengharamkan percampuran lelaki dan wanita, sama ada di dalam atau di luar Masjidil Haram.
“Ada dua jenis percampuran jantina, iaitu keadaan sementara di jalan atau di jamrah di Mina, dan percampuran dalam tempoh lama dan sesak ketika tawaf,” katanya.
Justeru, katanya, untuk mengatasi masalah itu, pihak berkenaan wajar membina tingkat berbeza dikhususkan untuk wanita di masjid berkenaan.
Katanya, binaan tambahan itu pernah wujud tetapi dimusnahkan pada era kerajaan Uthmaniyah dan ketika Arab Saudi diperintah Raja Saud.
“Pembinaan tingkat tambahan itu juga boleh memberi ruang lebih banyak kepada jemaah haji dan umrah,” katanya.
Yousuf berkata, semua pihak perlu menghormati hak wanita untuk beribadah dengan tenang di Masjidil Haram.
“Adakah mereka tidak berhak diberikan satu atau dua tingkat khas untuk bertawaf? Adakah mereka tidak berhak bertawaf tanpa perlu bersesak-sesak dengan lelaki? “Apa salahnya membina kawasan khas itu di dalam masjid untuk memberi keselesaan kepada wanita?” katanya.
Turut perlu diberi perhatian, katanya, adalah aspek kawalan di tingkat berkenaan.
“Di situ jemaah wanita terhindar daripada sorotan kamera dan imej mereka ditayangkan ke seluruh dunia melalui satelit,” katanya.
Selain pernah menyuarakan pendapat itu dalam rancangan terbitan sebuah stesen televisyen, kenyataannya turut boleh diikuti di laman web YouTube. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "