PUTRAJAYA, 18 Mac - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.
Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014, katanya kepada pemberita di sini Khamis.
"Pengguna adalah digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya.
Peter Chin berkata pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2011.
Kedua, menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama, bermula 1 Jan 2012 hingga 31 Dis 2013," katanya.
Namun beliau berkata, pengecualian penggunaan lampu pijar untuk beberapa kegunaan khusus akan diberikan berdasarkan senarai yang diluluskan oleh kementerian. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

lampu pijar tu memang banyak pakai letrik pun sebab sistem dia panaskan filamen kat dalam tu. kalau kalimantang pakai gas. lagi efisien.
BalasPadampanas wooo guna lampu pijar ni. dah la tak terang.. ^_^.
BalasPadam