Ahli arkeologi kanan Mesir, Zahi Hawass (dua dari kiri) dan kakitangannya menjalankan ujian DNA ke atas mumia Raja Tutankhamun di Luxor, Mesir.
KAHERAH 12 Mac - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang membongkar punca kematian raja Tutankhamun berjaya menyelesaikan satu lagi misteri purba Mesir berhubung kontroversi yang melibatkan mumia Firaun Akhenaten.
Penemuan baru ini akan membantu membuat gambaran tentang era yang mempersonakan lebih 3,300 tahun dahulu ketika Akhenaten buat kali pertamanya dalam sejarah memperkenalkan fahaman monoteisme.
Semasa pemerintahannya selama 17 tahun, Akhenaten cuba menukar agama dan kebudayaan rakyat Mesir yang telah diamalkan lebih jutaan tahun dengan memperkenalkan satu tuhan matahari, namun ia menerima kegagalan.
Anak lelakinya, Firaun Tutankhamun yang masih muda, bagaimanapun berjaya memulihkan pemerintahan dengan menarik balik pembaharuan itu dan mengamalkan agama lama.
Tiada siapa mengetahui apa yang terjadi kepada firaun yang menyeleweng itu dengan makamnya di ibu kota yang dibinanya di Amarna ditemui tidak siap.
Dua tahun ujian DNA dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas 16 mumia diraja yang dikelola oleh Majlis Tertinggi Mesir untuk Barangan Antik, bagaimanapun, memberi bukti bahawa mumia yang tidak dikenal pasti dan digelar KV55, selepas makamnya ditemui pada 1907 di Lembah Mesir adalah Akhenaten.
Ujian yang diumumkan pada bulan lalu itu turut mengukuhkan andaian bahawa KV55 adalah ayah kepada raja Tutankhamun dan anak kepada Firaun Amenhotep III.
KV55 telah lama diberi anggapan terlalu muda untuk menjadi Akhenaten yang dianggarkan berusia 40-an ketika kematiannya, tetapi ujian tersebut membuktikan usianya itu adalah benar, sama dengan andaian untuk Akhenaten . - AP
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "