2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 12:21 AM

18Khamis,Mac

Budak suka main video susah belajar

Tiada peningkatan prestasi di sekolah: Kajian

SPOKANE: Satu kajian baru mendapati budak lelaki yang mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan.

 

Markah penulisan dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio, penulis bersama kajian berkenaan.

 

Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan dan penulisan,” kata Weis.

Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial mereka.

Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video, biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit.

Seorang pegawai Persatuan Perisian Permainan (sebuah kumpulan perdagangan pembuat permainan video) berkata, keputusan kajian itu bukan sesuatu mengejutkan, tetapi tidak juga membimbangkan.


Adakah sesiapa terkejut kanak-kanak lebih cenderung bermain permainan video baru atau permainan atau basikal baru berbanding yang lama?” kata Naib Presiden Kanan bagi kumpulan komunikasi terbabit, Richard Taylor.

Weis mengakui pentingnya satu kajian dibuat bagi memperoleh kesan jangka panjang memiliki permainan video.

Mungkin selepas setahun mereka menjadi kurang berminat atau tidak lagi sentiasa bermain dengannya,” kata Weis, walaupun budak lelaki dalam kajian beliau tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam tempoh empat bulan.

Kanak-kanak perempuan terkecuali daripada kajian kerana penyelidik bimbang mereka tidak bermain permainan video secukupnya bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan menyeluruh. – A
P

Muhammad Ttuyup , Khamis, Mac 18, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog