LONDON - Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy, menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan sejumlah besar wanita Britain.
Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat memakainya suatu hari nanti.
Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

uish...kan bagus kalau kasik baju semua tuh kat haiti ke.mangsa tsunami ker
BalasPadam