
di sebuah kawasan di dalam hutan. Setiap hari, harimau dan anjing keluar
memburu bersama-sama. Anjing ditugaskan mencari mangsa, manakala harimau
pula ditugaskan untuk menangkap mangsa tersebut. Mereka membahagikan
tugas mengikut kemahiran masing-masing.
Apabila berjaya memperoleh sebarang makanan, mereka akan membahagikan
makanan itu kepada dua bahagian. Namun begitu, anjing sering berasa tidak
puas hati kerana ia mendapat bahagian yang sedikit. Sementara bahagian
harimau lebih banyak. Tetapi anjing tidak berani melawan tindakan harimau itu.
Pada suatu hari, harimau dan anjing keluar mencari makanan. Anjing mendapat
satu akal, ia juga mahu mendapat makanan yang lebih seperti harimau.
"Wahai sahabatku, mulai hari ini saya tidak mahu ikut kamu berburu lagi. Biarlah
saya mencari makanan sendiri" kata anjing.
Anjing tidak mahu harimau terus berlaku tidak adil. Anjing tidak mahu harimau
mendapat bahagian yang lebih banyak, Ia sudah mulai tamak. Ia tidak mahu
berkongsi makanan dengan rakannya lagi.
"Baiklah sahabatku" jawab harimau sambil tersenyum.
Setelah beberapa lama berburu, anjing ternampak sekumpulan kambing sedang
meragut rumput.
"Wah, ini rezeki aku! Aku juga boleh tangkap kambing itu seperti harimau" kata anjing.
Anjing menghampiri kumpulan kambing itu lalu menerkam seekor anak kambing.
Ia cuba meniru cara harimau menerkam mangsa. Belum sempat anjing menangkap
anak kambing itu, tiba-tiba seekor kambing jantan meluru ke arah anjing dan
menanduk dengan kuat. Anjing terpelanting jatuh dan kakinya luka.
Akhirnya, anjing pulang dalam keadaan lapar dan sakit. Ia sedar bahawa ia tidak berupaya
membuat seperti rakannya itu. Sifat tamaknya hanya merugikan dirinya sendiri.
Moral: Buatlah sesuatu kerja dengan mengukur keupayaan diri sendiri.
Petikan dari Buku Koleksi cerita-cerita moral
Khamis, Mac 11, 2010
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Anjing dan Harimau silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "