2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis mahu siasat da Vinci

ISTANA Amboise di lembah Loire di barat Perancis, yang dipercayai menjadi lokasi kubur Leonardo da Vinci

ROME 29 Jan. – Legenda Leonardo da Vinci terus meninggalkan misteri:

Bagaimana dia mati?

Benarkah mayat yang ditanam di istana Perancis itu milik pelukis agung Renaissance?

Adakah benar potret ‘Mona Lisa’ menggambarkan dirinya secara menyamar?

Sekumpulan saintis Itali percaya jawapan dari persoalan ini ada pada mayatnya. Dengan itu, mereka memohon kebenaran dari pihak berkuasa untuk menggali kubur legenda itu bagi menjalankan pemeriksaan karbon dan profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Jika tengkoraknya tidak rosak, para saintis percaya mereka boleh mendapat jawapan daripada persoalan tentang identiti sebenar Mona Lisa yang menjadi tanda tanya para cendiakawan dan orang ramai sejak berabad lalu.

Kita tidak akan tahu apa yang akan dijumpai apabila kubur itu digali kelak, kita mungkin hanya akan menjumpai batu kecil dan habuk sahaja. Bagaimanapun, jika dijaga dengan baik, ia adalah petanda baik kepada kita semua,” kata seorang ahli antropologi yang terlibat dalam projek itu, Giorgio Gruppioni.

Ketua kumpulan itu, memberitahu pemberita, mereka menggesa pihak berkuasa Perancis yang bertanggungjawab terhadap tanah perkuburan di Istana Amboise minggu hadapan bagi membenarkan penggalian semula itu dibuat.

Bagaimanapun, hasrat sekumpulan saintis warga Itali itu mungkin tidak kesampaian memandangkan di Perancis prosedur bagi menggali semula kubur mengambil masa yang lama terutama sekali melibatkan kubur seseorang yang berpengaruh seperti Leonardo.

Pengarah zaman pertengahan istana yang terletak di Loire Valley, Jean-Louis Sureau berkata, apabila permintaan rasmi telah dibuat, satu suruhanjaya yang disertai pakar akan ditubuhkan. Sebarang permintaan lain selepas itu, boleh dibincangkan bersama Kementerian Kebudayaan Perancis.

Leonardo berhijrah ke Perancis atas jemputan Raja Perancis I yang turut memberi anugerah ‘pelukis diraja pertama’. Beliau menghabiskan hidupnya selama tiga tahun di sana sebelum meninggal dunia di Cloux, berhampiran sebuah kem musim panas di Amboise pada 1519 pada usia 67 tahun.

Kawasan asal persemadian pelukis itu terletak di gereja istana di Saint Florentine sebelum ia dimusnahkan ketika Revolusi Perancis dan mayatnya ditanam semula di gereja Saint-Hubert berhampiran istana. – AP

Adam Merah , Isnin, Februari 01, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog