MOSCOW 29 Jan. - Jet pejuang baru Rusia berjaya melepasi ujian penerbangan pertamanya hari ini, ketika Rusia cuba bersaing untuk menyamai kecanggihan peralatan tentera udara Amerika Syarikat (AS), kata pengeluar pesawat, Sukhoi.
Menurut jurucakap Sukhoi, Olga Kayukova kepada stesen televisyen Rossiya 24, pesawat pejuang generasi kelima itu yang juga merupakan jet pejuang Rusia pertama sejak kejatuhan kerajaan Soviet, mengadakan latihan penerbangan kira-kira 45 minit.
"Pesawat itu beroperasi dengan baik. Segalanya berjalan dengan lancar," katanya.
Katanya, pesawat itu berlepas dari Komsomolsk-on-Amur yang terletak di timur Rusia.
Sebelum ini, pihak berkuasa Rusia telah berjanji untuk menghasilkan satu jet pejuang yang baru tahun lalu.
Kehadiran pesawat pejuang yang dipanggil T-50 oleh stesen televisyen Rossiya 24 itu adalah penting bagi menunjukkan bahawa Rusia juga mampu menyaingi teknologi daripada AS.
Malah, ia dilihat pesaing baru kepada pesawat buatan AS iaitu F-22 Raptor yang terbang buat kali pertama pada 1997.
Pesawat generasi kelima ini tidak boleh dikesan melalui radar, mempunyai beberapa kemudahan ketika memandu, sistem kawalan senjata yang canggih serta mampu untuk terbang pada kelajuan yang melebihi kelajuan bunyi.
Kejatuhan kerajaan Soviet menyebabkan tentera Rusia diheret masalah kewangan manakala pengeluar pesawat perang mereka hanya mampu mengeluarkan pesawat berdasarkan reka bentuk era-Soviet lalu.
Sukhoi merupakan pengeksport utama pesawat perang Rusia serta mencatatkan keuntungan kira-kira suku daripada pendapatan jualan senjata Rusia yang dikatakan berjumlah AS$7.4 bilion (RM25.27 bilion). - REUTERS

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "