2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 12 April 2025   
@ 14 Syawal 1446H / 7:29 AM

10Rabu,Februari

Pluto berubah jadi merah

PERMUKAAN Pluto yang disiarkan NASA, kemarin.

WASHINGTON 5 Feb. - Rupa bentuk Pluto kini berubah apabila dilihat bertukar warna manakala permukaan ais berubah di merata tempat.

Gambar terbaru yang dirakamkan Teleskop Angkasa Hubble menunjukkan objek angkasa yang sebelum ini dipanggil planet sebelum 'turun pangkat' kepada planet kerdil mengalami perubahan warna manakala selaput ais berganjak ke tempat lain.

Selain itu, gambar yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) semalam, menunjukkan ia kelihatan lebih merah berbanding warnanya sebelum ini sejak berdekad lalu. Bagi orang biasa, ia mungkin nampak seperti campuran warna kuning dan jingga, tetapi ahli astronomi memberitahu ia sebenarnya adalah 20 peratus lebih merah sekarang.

Ia turut menunjukkan permukaan Pluto yang diselaputi ais kerana gas nitrogen, mengembang dan menguncup, menjadi semakin terang di utaranya dan bertukar kepada kelam di bahagian selatan.

Menurut ahli astronomi, perubahan itu berlaku lebih kerap berbanding mana-mana planet di sistem solar, dan ini merupakan sesuatu di luar jangkaan kerana satu musim di beberapa kawasan di Pluto sepatutnya ' selama 120 tahun.

"Perubahan yang dilihat terjadi dengan begitu cepat dan besar adalah merupakan sesuatu yang tidak dijangka," kata seorang ahli astronomi dari Institut Penyelidikan Southwest, Marc Buie.

Daripada 1954 hingga 2000, Pluto tidak pernah berubah warna ketika gambarnya dirakam dari Bumi. Namun, selepas itu ia mula memperlihatkan beberapa perubahan apabila warna merahnya meningkat dari 20 ke 30 peratus, kata Buie lagi.

Jelasnya, dia boleh menerangkan tentang peningkatan warna merah itu, tetapi sukar untuk menyatakan punca perubahan pantas yang berlaku.

Sementara itu, analisis mendapati ais nitrogen planet itu berubah di luar jangkaan dari segi saiz dan ketebalan. Ini membuktikan cuaca yang amat sejuk di Pluto dengan suhu 230 darjah Celcius di bawah paras beku pada kawasan tompokan cerah manakala di kawasan bertompok gelap pula, Buie yakin cuacanya lebih hangat dengan suhu kira-kira 17 darjah Celcius. - AP

Muhammad Ttuyup , Rabu, Februari 10, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog