MUNICH 22 Feb. - Mereka yang obes lebih banyak kehilangan berat badan jika berada di kawasan tanah tinggi dan kekal dengan keadaan itu sekurang-kurangnya untuk tempoh empat minggu.
Tanpa mengganggu perubahan gaya hidup, kawasan yang tinggi dikatakan boleh meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan dan menurunkan tekanan darah, menurut laporan saintis itu dalam Obesity Journal.
Menurut mereka, pemahaman mengenai mekanisme di sebalik penurunan berat badan mungkin boleh membawa kepada penyediaan asas untuk mencari kaedah rawatan bagi masalah obesiti.
Florian Lippl dan rakan sejawatannya di Universiti Ludwig Maximilians di Munich menjalankan kajian berhubung kesan daripada tinggal di kawasan yang tinggi terhadap 20 lelaki obes tanpa mengubah rutin senaman atau pengambilan makanan mereka selama seminggu.
Selepas seminggu, berat badan, pengambilan makanan dan tekanan darah mereka menurun dengan ketara dan kesan itu turut kekal selama empat minggu selepas kembali ke kawasan rendah.
Paras oksigen yang rendah di kawasan tanah tinggi mungkin membawa kepada punca peningkatan ketara rembesan leptin, sejenis hormon yang berfungsi menyekat selera makan.
Bagaimanapun, menurut para saintis tersebut, perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Penurunan berat badan yang mampu dikekalkan ketika berada di kawasan tanah tinggi mungkin kerana peningkatan metabolisme dan pengurangan pengambilan kuantiti makanan, walaupun punca mengenai perubahan ini masih belum jelas.
Selain itu, ia juga mungkin akibat kesan sementara semasa badan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "