/

Misteri Firaun 'Raja Tut' akan dirungkai

GAMBAR bertarikh 4 November ini menunjukkan Zahi (tengah) menyelia proses pemindahan mumia Raja Tut dari keranda batu di Valley of the King di Luxor, Mesir.

KAHERAH 1 Feb. - Antara misteri besar yang masih diselubungi tanda tanya mengenai tamadun Mesir purba, keturunan Firaun Tutankhamun, akan dirungkai tidak lama lagi, demikian menurut ketua jabatan antikuiti negara ini semalam.

Zahi Hawass memberitahu pemberita, satu sidang akhbar telah dijadualkan 17 Februari ini di Muzium Kaherah bagi mendedahkan penemuan ujian DNA yang diambil daripada sampel firaun paling terkenal di dunia itu.

"Pengumuman itu akan membongkar 'rahsia keluarga dan hubungan Tutankhamun', berdasarkan hasil ujian saintifik ke atas mumia Firaun yang juga dikenali sebagai 'Raja Tut' itu selepas analisis DNA," ujarnya lagi.

Makam Firaun muda yang memerintah bermula usia sembilan tahun dan meninggal dunia atas sebab yang tidak diketahui ketika berusia 19 tahun, telah ditemui oleh pakar arkeologi Britain di 'Valley of the Kings' pada tahun 1922, sekali gus menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Pada Ogos 2008, pihak berkuasa antikuiti Mesir menyatakan sampel DNA telah diambil daripada mumia Tutankhamun dan dua janin yang ditemui di dalam makamnya bagi menentukan sama ada anak-anak yang belum dilahirkan itu merupakan anak Raja Tut atau tidak.

Menurut Hawass, ujian DNA juga boleh menentukan keturunan Tutankhamun dan sama ada janin itu adalah anak Tutankhamun dengan Ankhesenpamon, anak perempuan Nefertiti, yang terkenal dengan kecantikannya.

Jelasnya, hasil ujian itu juga dapat membantu mengenalpasti mumia permaisuri Nefertiti.

Misteri telah lama membelenggu identiti ibu bapa Tutankhamun, Firaun Akhenaton ialah bapanya, namun identiti ibunya masih belum dikenalpasti.

Kematian raja budak lebih 3,000 tahun lalu itu sering menjadi pertikaian di kalangan ahli sejarah, dengan sesetengah daripada mereka percaya dia mati akibat kecederaan kaki yang kemudiannya bertukar menjadi gangren manakala ada yang berpendapat beliau telah dibunuh dengan pukulan di kepala. - AFP

Muhammad Ttuyup , Selasa, Februari 02, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog