TAN Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal jutawan tunggal Melayu yang menduduki tempat ke-10 teratas dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia berdasarkan kaji selidik dilakukan majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd setakat 15 Januari 2010 yang diterbitkan semalam.
Jutawan berusia 58 tahun yang mencatatkan nilai kekayaan keseluruhan RM6.01 bilion itu menduduki tangga ketujuh dalam senarai carta yang terus didominasi Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok dengan nilai kekayaan keseluruhan RM42.76 bilion selepas menambah RM16.10 bilion dalam jumlah hartanya. Tahun lalu, nilai kekayaan Robert Kuok RM26.6 bilion.
Pengerusi Kumpulan Arab-Malaysian Corporation, Tan Sri Azman Hashim, 70, dengan nilai kekayaan keseluruhan RM2.86 bilion menduduki tempat kedua dalam senarai jutawan Melayu terkaya di negara ini apabila menduduki tangga ke-11 dalam senarai 40 individu terkaya di negara ini sepanjang tempoh kaji selidik sama.
Pemilik Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir, 50, dengan kekayaan RM1.075 bilion menduduki tangga ketiga dalam senarai jutawan Melayu terkaya apabila menduduki tempat ke-20 dalam senarai 40 individu terkaya terbabit.
Selain itu, dua adik-beradik dari Kumpulan Sapura, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin serta Datuk Seri Nazir Razak dari Kumpulan CIMB Berhad, antara lima individu yang turut tersenarai dalam senarai 40 individu terkaya di negara ini.
Berdasarkan kaji selidik majalah berkenaan, di sebalik pemulihan semula pasaran saham, 40 individu terkaya Malaysia itu bukan saja mengekalkan kedudukan masing-masing, malah turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah kekayaan mereka sepanjang tahun lalu.
Secara keseluruhan, kekayaan 40 individu terkaya itu kini RM156.7 bilion iaitu 63 peratus lebih tinggi berbanding RM96.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Bagaimanapun, gabungan jumlah kekayaan itu masih berkurangan berbanding RM171.9 bilion yang dicatatkan pada 2008.
Menurut majalah itu, penanda aras di bursa tempatan iaitu FBM KLCI meningkat 44.3 peratus sejak kajian terakhir, menunjukkan pasaran saham di seluruh dunia sedang berusaha keras untuk kembali pada kedudukan asal yang sebelum ini terjejas berikutan krisis kewangan global.
“Kajian itu mendapati hampir separuh daripada senarai orang terkaya tahun ini mencatatkan kenaikan nilai kekayaan 50 peratus atau lebih. Ini bermakna terdapat lebih ramai jutawan tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Menduduki tempat kedua dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia itu ialah jutawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan RM27 bilion diikuti pemilik IOI Corporation Berhad, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan RM11.92 bilion manakala tempat keempat milik Pengerusi Public Bank Berhad, Tan Sri Dr Teh Hong Piow dengan RM10.86 bilion.
Nilai kekayaan Tan Sri Lim Kok Thay yang mengetuai Kumpulan Genting ialah RM10.38 bilion. Kedudukan itu melonjak naik dari tangga ke-10 ke tangga kelima kerana kekayaan diwarisi daripada mendiang bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas gergasi perjudian Genting.
Pemilik Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tempat keenam dengan nilai kekayaan RM7.09 bilion, naik dari RM4.54 bilion.
Menduduki tangga kelapan ialah balu Lim Goh Tong, Puan Seri Lee Kim Hua diikuti tempat kesembilan, Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau manakala tempat ke-10 pula milik Tan Sri Vincent Tan dari Kumpulan Berjaya.
Selain Shahril dan Shahriman Shamsuddin serta Nazir Razak, dua individu lain yang turut tersenarai dalam 40 individu terkaya Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group serta Ong Leong Huat dari OSK Holdings. Ong membuat kemunculan semula dalam senarai selepas terpinggir selama setahun.
Oleh Hatipah Ahmad
bisnes@hmetro.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "