LUKISAN karya Hopkins berjudul Abas (kiri) dan Midas dipamerkan di Gallery 27, London
LONDON 18 Feb. - Dikenali menerusi kreativitinya di layar perak, aktor Wales, Anthony Hopkins mengembangkan bakat seninya ke atas kanvas menerusi 50 lukisan-lukisan akrilik dan dakwat yang dipamerkan di London minggu ini.
Penganjur pameran, Jonathan Poole berkata, aktor yang pernah memenangi anugerah Oscar itu mendapat galakan untuk mengembangkan bakat seni dari isteri ketiganya, Stella Arroyave dan dia melukis setiap hari di sebuah studio di rumahnya di Malibu.
"Stella melihat lukisan-lukisan pada skripnya dan memberitahu suaminya bahawa ia agak bagus dan bertanya mengapa Hopkins tidak menjadikannya sebagai minat, bukan secara profesional tetapi melukis dengan betul dan dia melakukannya. Oleh sebab itu, dia kini bersungguh-sungguh melukis," kata Poole kepada Reuters Television.
Sebuah lukisan edisi terhad yang diilhamkan oleh isterinya, kini sedang dipamerkan dan boleh dibeli pada harga 1,150 pound Sterling (RM6,127) dengan kanvas sebenar yang digantung di rumah Hopkins.
Dilukis menggunakan warna yang berani dan berwarna-warni, kebanyakan lukisan Hopkins memaparkan gambar mata yang berjaya memikat perhatian pengunjung.
Hopkins, 72, yang memenangi kategori pelakon lelaki terbaik anugerah Oscar pada 1992 menerusi lakonannya sebagai Hannibal Lecter dalam The Silence of the Lambs, mula melukis sejak 2002 dan Poole memberitahu, aktor itu belajar melukis sendiri.
"Saya rasa semua orang ada kebolehan ini. Terpulang kepada mereka untuk menggunakannya atau tidak. Dia (Hopkins) melakukannya kerana dia rasa sangat teruja apabila melukis dan saya rasa ia dapat dilihat dalam lukisan-lukisan yang dihasilkannya," ujar Poole.
Katanya, aktor itu memilih untuk menggunakan pisau pelet berbanding berus lukisan biasa untuk melukis, yang biasanya dipaparkan dalam pelbagai tekstur dan warna.
Lukisan-lukisan tersebut merupakan koleksi pertama Hopkins yang dipamerkan di Eropah walaupun aktor itu pernah terlibat dalam pameran di Kanada dan Amerika Syarikat (AS).
Pameran di Gallery 27, London itu bermula kelmarin sehingga Sabtu ini, sebelum berpindah ke The Dome di Edinburgh bulan depan dan Wales. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "