2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jalan raya bukan untuk upacara agama

Apakah wajar acara-acara keagamaan diadakan di jalan raya? Soalan ini sengaja saya timbulkan berikutan isu perarakan Maulidur Rasul yang dibangkitkan baru-baru ini. Bagi saya ini bukan isu kontroversi perlu dihangatkan, sebaliknya boleh direnungkan tanpa sebarang prejudis.

Pada hemat saya, jalan raya dan lebuh raya perlu dimanfaatkan seperti telah ditetapkan, iaitu sebagai alat perhubungan, bukan tempat sesuai untuk acara agama, hatta acara adat sekali pun.

Saya tidak merujuk kepada acara agama Islam sahaja, tetapi juga acara agama lain. Saya ingin mencadangkan agar semua agama – termasuk Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain tidak dibenarkan menggunakan jalan raya untuk sebarang upacara keagamaan.

Semua pihak akan bersetuju bahawa mengadakan acara-acara agama di jalan raya akan menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengguna jalan raya. Malah, sekiranya tidak ada kawalan yang betul boleh mendatangkan bahaya.

Mengapa jalan raya tidak digunakan untuk acara-acara keagamaan?

Pertama, ia tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Jalan raya yang dibina berjuta ringgit dengan duit rakyat adalah untuk kemudahan penggunanya. Di Malaysia rakyat membayar cukai jalan bukan untuk upacara keagamaan.

Kedua, sepanjang pengetahuan saya tiada teks mana-mana agama menyuruh menggunakan jalan raya untuk melaku-kan upacara agama. Ia sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa.

Ketiga, menggunakan jalan raya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, lebih-lebih lagi perarakan tersebut melibatkan laluan panjang dan tempoh yang lama.

Kerap terjadi untuk membolehkan satu-satu perarakan atau acara keaga-maan dibuat di jalan raya, jalan-jalan yang terlibat akan ditutup. Sudah tentu ini mengganggu laluan trafik, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

Keempat, kesesakan jalan raya yang disengajakan seperti ini menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan sebagainya.

Apa yang jelas Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin membenarkan hal seperti ini.

Kelima, gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang Muslim mungkin tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebab-kan upacara agama lain yang dibuat atas jalan raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

Keenam, sesetengah upacara keagamaan mengotorkan jalan raya dan mengganggu pemandangan awam. Belanja terpaksa dikeluarkan untuk kerja pembersihan. Tentu sekali ini juga menyusahkan pihak berkuasa tempatan.

Ketujuh, tenaga pihak polis, perbandaran, Rela dan pelbagai agensi lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bukan semua anggota bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari semasa ke semasa.

Atas alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalan raya dijadikan tempat perarakan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan kerajaan Pulau Pinang, saya melihat Selangor patut memberikan perhatian sama, terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.              

- DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN
* Penulis ialah bekas Mufti Perlis

Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Februari 19, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog