2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Google Buzz akan berdiri sendiri

SAN FRANCISCO 14 Feb. - Google Inc. menyatakan pihaknya mungkin akan mengasingkan produk rangkaian laman sosialnya, Buzz, supaya ia boleh beroperasi secara sendiri, namun tidak akan memisahkan Buzz daripada perkhidmatan Gmail, sebuah rangkaian yang telah mencetuskan kontroversi mengenai hak persendirian.

Google, sebuah enjin carian Internet nombor satu di dunia melancarkan Buzz awal minggu ini dalam usaha untuk bersaing dalam pasaran rangkaian laman sosial yang semakin berkembang dan didominasi oleh syarikat-syarikat seperti Facebook dan Twitter.

Buzz membenarkan pengguna untuk menyiarkan mesej dan berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan atas talian, sama seperti Twitter dan Facebook.

Namun, tidak seperti perkhidmatan tersebut, Buzz dibina secara terus ke dalam Gmail dalam Google dan produk itu secara automatik mewujudkan rangkaian sosial setiap pengguna berdasarkan e-mel individu yang paling kerap dihubungi oleh pengguna tersebut.

"Kami telah mempertimbangkan antara ciri-ciri lain yang kami tambah dalam Buzz pada masa akan datang, ialah dengan mewujudkan ciri-ciri yang boleh beroperasi secara sendiri dalam Gmail," kata seorang jurucakap Google, Victoria Katsaru kepada Reuter, kelmarin.

Beberapa hari selepas produk itu dilancarkan, sejumlah blog di Internet dan penerbitan telah mempertikaikan Gmail Buzz kerana mencetuskan masalah hak persendirian sejak rangkaian hubungan Buzz tersebut boleh dilihat oleh orang ramai sewenang-wenangnya selain boleh mendedahkan maklumat peribadi pengguna.

Khamis lalu, Google mengumumkan beberapa perubahan dalam blog korporatnya yang direka untuk menyampaikan perkara-perkara yang berkaitan, termasuk menjadikan ia lebih mudah untuk pengguna Buzz menyimpan senarai peribadi individu yang dihubungi.

Google dalam blognya pada Khamis lalu berkata, lebih sembilan juta pos dan komen telah dihasilkan di Buzz sejak ia dilancarkan dan jutaan pengguna telah mendaftar di dalam Buzz. - Reuters

'Api' Harjan Milosevic , Rabu, Februari 17, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog