/

Endeavour berjaya dilancarkan ke angkasa lepas

KAPAL angkasa Endeavour berlepas dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Cape Canaveral, Florida, semalam.

CAPE CANAVERAL, Florida 8 Feb. - Kapal angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Endeavour dengan enam krew angkasawan berlepas hari ini menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk menghantar modul dikenali Tranquility.

Pelancarannya berjalan dengan sempurna pada pukul 4.14 pagi (5.14 petang waktu Malaysia) selepas tertangguh selama 24 jam disebabkan cuaca mendung di Cape Canaveral awal semalam.

Kapal tersebut berjaya memasuki orbit kira-kira lapan minit setengah selepas itu.

Misi dilancarkan ketika Pentadbiran Aeronautik Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengkaji semula program masa depannya selepas Presiden Barack Obama membatalkan rancangan agensi tersebut untuk menghantar semula angkasawan ke bulan menjelang 2020.

Objektif utama misi Endeavour adalah untuk menghantar modul Tranquility yang turut dikenali sebagai Node 3, yang dilengkapi kubah yang mempunyai banyak tingkap.

Kubah itu dibina untuk NASA oleh firma Eropah, Thales Alenia Space di kilang Turin yang membolehkan pemaparan pemandangan panorama Bumi, objek angkasa lepas dan ketibaan kapal angkasa di ISS, menurut agensi itu.

"Setakat ini, semua berjalan dengan lancar sekali," kata pengarah ujian NASA, Jeff Spauling kepada wartawan.

Dengan penghantaran Tranquility dan kubah tersebut oleh Endeavour, ISS akan lengkap 90 peratus, menurut NASA. - AFP

'Api' Harjan Milosevic , Selasa, Februari 09, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog