2+4 hrs...Twogether Fourever

/

EMI batal jual studio Abbey Road

LONDON 23 Feb. - Syarikat muzik EMI yang berdepan masalah kewangan, membatalkan rancangan menjual studio Abbey Road dan kini mencari pelabur yang mahu membantu menyelamatkan studio rakaman London yang dipopularkan oleh The Beatles itu.

Laporan berita minggu lalu yang menyatakan EMI berbincang dengan bakal pembeli, mencetuskan rasa kecewa peminat muzik.

Bekas anggota The Beatles, Paul McCartney meluahkan harapan agar Abbey Road dapat dikekalkan sementara kumpulan warisan National Trust juga menyuarakan hasrat membeli bangunan tersebut.

Namun EMI kini mahu terus menjadi pemilik fasiliti itu dan sedang berbincang dengan 'pihak ketiga yang berminat' dengan projek pemeliharaan dan pemuliharaan.

Abbey Road adalah antara studio muzik terkenal dunia dan pernah digunakan barisan artis terkenal selain The Beatles seperti Pink Floyd, Jeff Beck dan Radiohead.

EMI pada hujung minggu lalu menyatakan ia telah menolak tawaran AS$50 juta (RM170 juta) pada tahun lalu.

Katanya, Abbey Road semakin kurang menjana wang 'sejak beberapa tahun lalu' dan rancangan telah dirangka untuk menghidupkan semula studio berkenaan.

EMI yang memayungi artis seperti Coldplay, Lily Allen dan Robbie Williams, bergelut dengan masalah kewangan sejak ia dijual pada harga 2.4 bilion pound (RM12.7 bilion) pada 2007 oleh syarikat ekuiti Terra Firma Capital Partners.

Laporan audit awal bulan ini mendedahkan Terra Firma memerlukan suntikan wang yang besar menjelang Jun ini bagi mengelakkan masalah penangguhan pinjaman dari Citigroup Inc. dan mungkin memerlukan lebih AS$165 juta (RM560 juta) untuk bertahan bagi tahun ini.

Pemilik EMI sebelum ini membeli rumah bandar di kawasan kejiranan St. John's Wood pada harga 100,000 pound (RM528,305) pada 1929 dan menukarnya kepada studio rakaman paling sofistikated di dunia.

Ia banyak dikaitkan dengan The Beatles yang mana kebanyakan album mereka sejak 1962 dirakamkan di sini dengan lintasan pejalan kaki di depan studio diabadikan sebagai muka album kumpulan itu pada 1969. - AP

Adam MeRAH , Rabu, Februari 24, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog