MOSCOW 25 Jan. - Veteran perang Rusia berpendapat Amerika Syarikat (AS) mengulangi kesilapan sama yang dilakukan oleh Kesatuan Soviet (USSR) di Afghanistan dan perlu mengubah strateginya di negara itu.
Mereka yakin kempen tentera Soviet selama hampir 10 tahun yang berakhir dengan kekalahan patut menjadi pengajaran bagi tentera Barat.
"Sekarang ini sudah hampir sembilan tahun sejak tentera bersekutu menyerang dan menduduki Afghanistan dan tidak ada apa-apa yang berubah," kata bekas pegawai tentera Soviet, Leftenan Jeneral Ruslan Aushev, 55, yang berkhidmat selama lima tahun di Afghanistan semasa pendudukan Soviet dari 1979 hingga 1989.
Bagaimanapun, Aushev yang diisytiharkan sebagai Wira Kesatuan Soviet selepas mengalami kecederaan ketika bertugas di Afghanistan buat kali ketiga, mengakui tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan AS menghadapi musuh yang lebih hebat hari ini berbanding lawan yang dihadapi oleh askar Soviet.
Ketika itu, Tentera Merah yang tidak dilatih untuk menghadapi konflik di kawasan pergunungan Afghan terjerat dalam perang gerila menentang pejuang Mujahidin yang mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan daripada Washington.
"Situasi hari ini lebih rumit. Pejuang Mujahidin berfahaman lebih sederhana berbanding Taliban yang radikal. Pada zaman kami, tidak ada pengebom berani mati," kata Aushev yang kini mengetuai jawatankuasa veteran perang Afghan.
Seorang lagi veteran perang itu, Mejar Jeneral Makhmud Gareyev pernah menjadi timbalan ketua turus Tentera Merah dan penasihat tertinggi tentera kepada Presiden Afghanistan, Najibullah yang digulingkan oleh pejuang Islam pada 1992 dan digantung sampai mati oleh Taliban empat tahun kemudian.
Selepas pengunduran tentera Soviet pada 1989, Gareyev terus berkhidmat untuk membantu rejim boneka Kremlin.
Beliau turut melahirkan keraguan misi pimpinan AS di rantau itu mempunyai peluang cerah untuk membawa kestabilan jangka panjang, jika tentera bersekutu tidak menukar strategi dengan segera.
"Tentera Amerika memerangi sebuah bangsa dan bukan tentera biasa. Napoleon tidak mungkin beroleh kemenangan di Sepanyol. Mereka perlu faham adalah mustahil untuk memerangi sebuah bangsa," kata Gareyev, kini Presiden Akademik Sains Ketenteraan di Moscow.
Satu-satunya strategi untuk tentera bersekutu pimpinan AS ialah dengan memberi fokus kepada usaha pemulihan dan pembangunan di Afghanistan, kata beliau dan veteran lain.
"Mereka perlu mengubah polisi mereka dan mencari penyelesaian lain, mereka perlu membantu membangunkan semula negara itu serta memberikan bantuan kewangan, ekonomi dan kemanusiaan," tegas Gareyev. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "