/

McDonald's Singapura jual mainan bentuk babi

SINGAPURA: McDonald's memohon maaf kepada Singapura semalam dan menawarkan semula permainan berbentuk khinzir dalam senarai permainannya, selepas keputusannya sebelum ini untuk mengeluarkan haiwan itu daripada koleksi zodiak Cina mengecewakan ramai penduduk republik itu.

McDonald's bulan ini mula menjual karakter kartun mini menggambarkan 12 haiwan dalam kalendar zodiak Cina, namun khinzir digantikan oleh ikon kasih sayang Cupid ketika McDonald's berkata ia tidak mahu menghina umat Islam.

Namun tindakan itu, dikecam ramai pelanggan Cina yang mengadu dalam ruang sembang dan blog bahawa mereka tidak berpeluang membeli karakter haiwan kelahiran mereka.

"Kami memohon maaf dan amat berterima kasih," kata rangkaian makanan segera itu dalam iklan separuh muka dalam akhbar Straits Times, menyatakan ia tidak berniat untuk menghina sesiapa.

Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjaya mengelak ketegangan kaum sejak rusuhan maut pada 1960-an walaupun kerajaan melihat perkauman sebagai potensi terbesar pencetus rusuhan.

"Saya faham bahawa kita perlu menghormati penduduk Islam oleh kerana Singapura adalah masyarakat berbilang kaum dan agama," kata Pauline Koh yang mana anak perempuannya lahir pada tahun khinzir menulis dalam Straits Times.

"Bagaimanapun dalam kes ini, khinzir adalah satu daripada tanda zodiak Cina, sebahagian budaya dan tradisi Cina dan ia hanyalah permainan, bukan makanan," tulisnya. Kira-kira 75 peratus daripada hampir lima juta penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan 15 peratus Melayu atau India Muslim. - Reuters

 

Cik NiNe Che Kadir , Sabtu, Januari 23, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog