PARIS: Perancis akan menjadi negara pertama di dunia untuk melarang 'keganasan psikologi' sepanjang tempoh perkahwinan, dijangkakan mulai hujung tahun ini.
Undang-undang baru itu yang turut membabitkan pasangan yang tinggal bersama akan menyaksikan penduduk dicatat melakukan jenayah jika memaki hamun orang tersayang dalam pertengkaran domestik.
“Alat penanda elektronik akan digunakan ke atas pesalah yang mengulangi kesalahan,” kata Perdana Menteri, Francois Fillon ketika mengumumkan undang-undang berkenaan.
Jika berjaya, ia akan diperkenalkan ke negara Eropah lain, termasuk Britain. Namun, pengkritik menolak langkah itu sebagai ‘gimik’ yang mungkin agak mustahil untuk dilaksanakan.
Undang-undang itu, terutama menyasarkan untuk melindungi wanita yang ketika ini terjejas teruk akibat serangan lisan, termasuk sindiran mengenai penampilan sehinggalah ancaman keganasan fizikal.
Fillon berkata: “Ia adalah langkah penting kerana permulaan kesalahan itu akan membenarkan kami berurusan dengan situasi mendalam, situasi yang tidak meninggalkan parut jelas, namun menyebabkan mangsa menderita di dalam.”
Beliau menambah, kerajaannya turut berpengalaman menggunakan kaedah pengawasan elektronik bagi ‘memantau keberkesanan arahan sekatan ke atas pasangan ganas’.
Pakar psikologi, Anne Giraud berkata: “Pasangan yang bergaduh akan melemparkan kata-kata kesat terhadap pasangannya tetapi tidak semuanya benar. Polis mungkin akan dipanggil lebih kerap apabila undang-undang itu berkuat kuasa tahun ini dan mereka akan menghadapi keadaan mendengar tuduhan antara pasangan.
“Keganasan psikologi perkara amat serius, namun menghukumnya menerusi mahkamah adalah perkara berbeza sama sekali.”
Pengkritik juga berkata, kerajaan tidak patut campur tangan dalam pertengkaran domestik dalaman di mana tiada siapa tercedera.
Pakar sosiologi, Pierre Bonnet pula berkata: “Langkah berikutnya adalah menunjukkan sikap biadap pesalah jenayah. Polis dan mahkamah perlu bekerja lebih untuk menangani pelbagai kes.”
Sebuah kempen iklan televisyen digunakan tahun lalu untuk cuba menekankan keganasan domestik di Perancis. Ia menunjukkan seorang suami yang sering memaki hamun isterinya, menyebabkannya trauma dari segi mental. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "