2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Budak mangsa krisis kewangan

PARIS: Krisis kewangan dunia turut menjejaskan usaha negara miskin memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak bersekolah, lapor Pertubuhan Ekonomi, Sosial dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Agensi PBB itu menggesa lebih banyak pembiayaan dan perhatian diberi kepada golongan yang tidak berpeluang memasuki sekolah ini seperti minoriti etnik dan kanak-kanak perempuan dari kawasan luar bandar yang tidak pernah melihat suasana dalam bilik darjah.

Mesej utama adalah pendidikan kini terjejas dan mungkin menyebabkan kita hilang satu generasi akibat jurang kewangan yang diperlukan, terutama ketika berlaku krisis,” kata Ketua Unesco, Irina Bokova, selepas melancarkan laporan itu di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.

Seramai 72 juta kanak-kanak tidak bersekolah pada 2007 dan laporan itu menganggarkan 56 juta akan terus kekal tidak bersekolah pada 2015.

Ketika krisis pasaran kewangan global melanda banyak negara di seluruh dunia, negara kaya pula mengurangkan bantuan kepada negara miskin, sementara negara sedang membangun mengalami kekurangan bajet dan mengurangkan perbelanjaan pendidikan, kata laporan berkenaan.

Keluarga di negara miskin tidak menghantar anak mereka ke sekolah menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Negara kaya, sebaliknya, mampu melabur dalam perkhidmatan awam dan negara tertentu seperti Amerika Syarikat, menjadikan pendidikan domestik keutamaan dalam pakej rangsangan mereka.

Laporan berkenaan menyatakan negara kaya memerlukan lebih AS$16 bilion (RM56 bilion) setahun jika mereka ingin mencapai matlamat yang dicadangkan pada 2000, apabila 164 negara berikrar untuk memberi pendidikan rendah percuma kepada semua kanak-kanak menjelang 2015 dan untuk berusaha menghapuskan buta huruf di kalangan dewasa dan menamatkan ketidakseimbangan jantina dalam pendidikan.

Bokova berkata, ‘penyisihan golongan tertentu adalah masalah besar dalam pendidikan’ dan sesetengah negara, termasuk kuasa besar ekonomi dunia masih menindas golongan minoriti, kanak-kanak perempuan, miskin atau cacat.

Kami berpendapat tidak harus ada pilihan di antara kekayaan dan ilmu pengetahuan. Kami ingin setiap kanak-kanak diberikan pendidikan,” katanya.

Namun, aliran pada dekad lalu adalah positif. Bilangan kanak-kanak tidak bersekolah menurun 33 juta di seluruh dunia sejak 1999, walaupun jumlah penduduk meningkat.

Laporan itu memuji negara seperti Benin, yang menyaksikan peningkatan besar kanak-kanak di sekolah, perempuan dan lelaki, di bandar dan luar bandar. Tetapi, 80 peratus kanak-kanak perempuan di Yaman tidak bersekolah. - A
P

Adam Merah , Khamis, Januari 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog