2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:23 AM

26Selasa,Januari

Bazir masa bersembang

DUBAI: Satu kajian mendapati pekerja pejabat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghabiskan masa 46 hari setahun untuk kegiatan yang tiada kaitan dengan kerja.

Sebelas hari daripada itu dihabiskan untuk bersembang menerusi laman sosial Internet.


Kajian yang dilakukan oleh The Office Exhibition membabitkan 1,000 kakitangan pejabat itu menunjukkan mereka sering mencuri masa kerja untuk melayari Internet, bersembang dalam laman sosial, menyertai sesi gosip dan minum.


Ia mendakwa kira-kira 150 juta cawan teh dibancuh oleh pekerja pejabat di negara itu setahun dengan setiap orang menghabiskan purata empat setengah hari bekerja untuk membancuhnya dan menghabiskan tujuh hari setahun untuk bersembang dengan rakan.


Walaupun 44 peratus responden berkata mereka tidak menggunakan laman sosial (Facebook, Twitter dan sebagainya) ketika bekerja, tetapi kakitangan pejabat UAE menghabiskan hampir 11 hari setahun untuk berbuat demikian di samping lapan hari lagi untuk berbalas-balas teks pesanan ringkas dengan rakan.

Hampir 11 hari setahun digunakan untuk urusan perbankan online dan membayar bil di samping enam hari lagi digunakan untuk mencari dan menempah tempat percutian secara online.


Pengarah The Office Exhibition, Sinead Brifgett berkata: “Memang sudah diketahui kakitangan pejabat di UAE menghabiskan masa yang panjang di pejabat tetapi kajian kami mendedahkan beberapa fakta menarik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun e-mel kini menguasai komunikasi secara rasmi, tetapi orang ramai masih mahu menghabiskan masa bersembang dengan rakan mengenai isu yang tidak ada kaitan dengan kerja.


“Sebahagian besar syarikat mempunyai dasar berhubung penggunaan Internet dan laman sembang di tempat kerja. Kami menggalakkan syarikat yang belum mempunyai dasar itu melihat jumlah hari yang kakitangan mereka habiskan dalam masa setahun ketika bekerja
,” katanya. - Agensi

Cik NiNe Che Kadir , Selasa, Januari 26, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog