Foto :: BEBERAPA bahagian enjin pesawat yang dipercayai daripada pesawat Douglas Mawson ditemui terdampar di atas batu di timur Antartika, kelmarin.
CAPE DENISON, Antartika 2 Jan. - Satu ekspedisi ke Antartika menemui apa yang dipercayai bangkai kapal terbang pertama dibawa ke benua sejuk itu, di sebuah pantai berais berdekatan kawasan ia ditinggalkan hampir seabad lalu.
Australia sejak bertahun-tahun lalu cuba mencari bangkai kapal terbang Vickers di Cape Denison, di mana pengembara kutub terkenal dari negara itu, Douglas Mawson meninggalkannya selepas pesawat tersebut rosak semasa ekspedisi beliau pada 1911-14.
"Nasib menyebelahi kami dan penemuan ini merupakan episod besar dalam sejarah penerbangan di Antartika," kata ketua ekspedisi yang menemui bangkai tersebut pada hari Tahun Baru, Dr. Tony Stewart.
Seorang anggota ekspedisi Stewart terserempak dengan beberapa batang tiub logam yang sudah berkarat di celah-celah batu dilitupi ais di pantai Teluk Komanwel ketika air surut.
Tiub-tiub tersebut menyamai tiub besi struktur daripada badan kapal terbang satu kipas itu.
Impian Mawson untuk melancarkan penerbangan pertama membawa manusia di ruang udara Antartika, kurang sedekad selepas dua beradik Wright melakukan penerbangan pertama dengan kuasa enjin, berkecai sebelum ekspedisi belayar ke Antartika dari Australia pada akhir 1911.
Kapal terbang itu terhempas dalam penerbangan demonstrasi pada Oktober tahun tersebut, beberapa minggu sebelum Mawson dijadual berlayar. Tiada sesiapa yang cedera tetapi sayap pesawat itu rosak. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "