SEORANG kakitangan Microsoft memberi demonstrasi peta menggunakan enjin carian Bing di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, awal bulan ini.
WASHINGTON 21 Jan. - Apple sedang dalam perbincangan dengan Microsoft untuk menjadikan Bing sebagai enjin carian utama dalam iPhone menggantikan Google, lapor majalah BusinessWeek, semalam.
BusinessWeek yang memetik dua sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan masalah itu berkata, perbincangan telah berlangsung selama beberapa minggu dengan memberi kesan kepada perkembangan persaingan antara Apple dengan Google yang sebelum ini merupakan enjin carian utama dalam iPhone.
Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt meletak jawatan daripada lembaga pengarah Apple pada tahun lalu dan syarikat enjin carian Internet serta gergasi pengiklanan ini, baru-baru ini mengeluarkan telefon pintar miliknya sendiri, Nexus One yang dilihat akan menjadi saingan kepada iPhone keluaran Apple.
Apple, baru-baru ini turut membeli syarikat pengiklanan telefon, Quattro Wireless, dua bulan selepas Google membeli AdMob iaitu pesaing Quattro Wireless.
Menurut BusinessWeek, perbincangan antara Apple dan Microsoft untuk menggantikan Google dengan Bing yang telah dilancarkan oleh Microsoft pada Jun lalu masih belum mencapai persetujuan dan mungkin akan mengambil masa.
Menjadi enjin carian laman web dalam iPhone membawa pulangan kewangan kepada Google menerusi pengiklanan yang dipaparkan bersama-sama keputusan carian dan perkongsian dengan Apple.
BusinessWeek, yang baru-baru ini telah dibeli oleh agensi berita kewangan Bloomberg turut memberitahu penggunaan Bing dalam iPhone akan memerlukan pengguna menyesuaikan penetapan telefon jika mereka mahu menggunakan enjin carian Google.
Majalah itu turut memberitahu bahawa Apple sedang berusaha menyediakan enjin cariannya sendiri dan rundingan dengan Microsoft mungkin 'hanya untuk mencuri masa.' - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "