/

Kesan/Akibat Makan Ayam yang disuntik Hormon

KUALA LUMPUR: Gejala buah dada lelaki membesar seperti wanita atau gynecomastia bukan saja berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan diragui kandungannya, malah mereka kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko berdepan masalah itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, berkata apabila lelaki menghadapi masalah gynecomastia, mereka berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita.

"Tuhan menjadikan fitrah wanita mengeluarkan hormon estrogen yang menyebabkan payu dara mereka membesar secara semula jadi, tetapi apabila lelaki mengambilnya terdapat risiko barah menjadi lebih ganas iaitu cepat merebak serta membawa maut.

"Perkara ini berlaku bukan saja disebabkan pengambil ubat tidak sah yang mengandungi steroid dan estrogen, malah lelaki terutama kanak-kanak yang kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko mengalami gynecomastia atau buah dada mereka membesar
," katanya yang dihubungi semalam.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai jumlah lelaki menghidap gynecomastia meningkat dan ramai tidak tahu ia disebabkan kesan sampingan ubat tenaga batin, gastrik serta penenang minda.

Kebiasaannya, pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu, namun berasa ada tidak kena pada buah dada apabila terasa sakit dan ketulan isi di bawah puting.

Dr Maamor berkata, selain ubat tidak sah dan ayam hormon, golongan mak nyah mengambil hormon untuk melicinkan kulit juga boleh menghidap gynecomastia.

"Memang gynecomastia boleh dirawat melalui pembedahan, tetapi saya lebih suka pendekatan pencegahan daripada mengubat.

"Elak daripada mengambil ubat kuat yang tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan termasuk minuman seperti kopi yang didakwa ada campuran herba untuk kekuatan seks kerana kita tidak tahu apa bahan sebenarnya dimasukkan ke dalamnya
," katanya.

Muhammad Ttuyup , Isnin, Disember 07, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog