Khamis : 10 April 2025   
@ 12 Syawal 1446H / 7:35 PM

22Selasa,Disember

Kad rokok tahun 1900 koleksi terbaru Arkib Negara

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Sebanyak 51 keping kad rokok berusia lebih 100 tahun yang mengandungi maklumat ringkas mengenai tempat-tempat menarik di negara ini pada tahun 1900 menjadi koleksi terbaru Arkib Negara.

Kad tersebut yang diletakkan di dalam kotak rokok mempamerkan gambar bangunan warisan seperti Stadhuys di Melaka dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), hasil pertanian dan perlombongan negara ketika era pentadbiran negeri-negeri Selat.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil berkata, pihaknya menerima kad tersebut daripada seorang pengumpul barangan lama dari Pulau Pinang beberapa bulan lalu.

''Kad itu diletakkan dalam rokok berjenama Carreras keluaran Syarikat Arcadia Works, London, England yang beroperasi mulai 1788 dan dipasarkan di Tanah Melayu sekitar 1900.

''Ia memuatkan gambar-gambar tempat menarik di Malaysia yang boleh dijadikan contoh kepada pengusaha makanan di negara ini untuk memasukkan maklumat beserta gambar bersejarah pada bungkusan produk mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu boleh menjadi satu proses pembelajaran terutama kepada generasi yang lahir selepas merdeka.

Selain kad rokok bergambar, Arkib Negara juga memperoleh koleksi mikrofilem daripada institusi luar negara seperti Public Record's Office, Archives Edition Limited, Norman Ross Publishing, Australian War Memorial, Nationaal Archief Netherlands dan British Library United Kingdom.

Menurut Sidek, koleksi mikrofilem itu antaranya mengandungi salinan fail-fail semasa zaman pemerintahan British di Tanah Melayu seperti laporan operasi, pengangkutan ketenteraan, statistik, peta, memorandum rasmi serta surat menyurat.

"Terdapat juga mikrofilem yang mengandungi dokumen dan laporan mengenai Negeri-Negeri selat, surat khabar 'periodicals' dan koleksi gambar mengenai Tanah Melayu," ujarnya.

Tambah beliau, dengan adanya mikrofilem itu, ahli akademik atau pelajar yang mahu membuat penyelidikan berkaitan sejarah dan pentadbiran negara tidak perlu ke luar negara lagi.

"Mereka boleh menjimatkan masa dan wang ringgit serta mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

"Kita berusaha sedaya upaya mahu menghakis persepsi para penyelidik yang sesetengahnya menganggap bahan atau rekod dari luar lebih baik dan tepat tetapi rekod di Arkib Negara juga setanding seperti di luar negara," katanya.

Rujukan bahan-bahan itu boleh dibuat di Dewan Penyelidikan atau melayari laman web Arkib Negara www.arkib.gov.my. – Utusan Online

Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 22, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog