Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 11:51 PM

15Selasa,Disember

Ereksi segala-galanya bagi lelaki Eropah

LELAKI Eropah mahu menambahkan lagi keupayaan ereksi bagi meningkatkan kesihatan seksual mereka, menurut satu kajian terbaru yang dijalankan oleh syarikat pengeluar pil Viagra, Pfizer.

Kaji selidik terhadap keyakinan untuk mengalami ereksi di kalangan lelaki yang mendiami 12 buah negara di rantau Eropah itu mendapati lelaki Sepanyol paling risau mengenai perkara itu, manakala lelaki Jerman pula paling berkeyakinan.

Hasil kajian terhadap 8,576 lelaki dan wanita itu menunjukkan 84 peratus responden lelaki percaya elemen paling penting bagi keyakinan seksual lelaki ialah keupayaan diri masing-masing memuaskan pasangan seksual, dengan tiga suku responden wanita menyokong fakta tersebut.

Bagaimanapun, satu perempat daripada responden wanita percaya pasangan masing-masing perlu menambahkan daya ereksi bagi meningkatkan kehidupan seks mereka.

Sehubungan itu, lelaki Sepanyol didapati merupakan golongan yang paling mementingkan ereksi dengan 83 peratus menegaskan mereka perlu meningkatkan keupayaan ereksi bagi mencapai kebahagiaan seksual yang lebih, diikuti lelaki Turki dengan 80 peratus dan lelaki Itali sebanyak 76 peratus.

Sementara lelaki Jerman merupakan golongan yang paling berpuas hati dengan ereksi mereka apabila hanya 40 peratus yang mahu meningkatkan ereksi.

"Keputusan kajian tersebut mengesahkan lagi kajian-kajian sebelum ini yang menunjukkan keyakinan ereksi di kalangan lelaki berkait rapat dengan keupayaan mereka dalam memuaskan seksual pasangan masing-masing," ujar doktor perubatan seksual di sebuah klinik di London, Dr. John Dean.

Doktor dan penasihat Men's Health Forum, Ian Banks pula menegaskan: "Masalah ereksi boleh dialami lelaki pada semua peringkat. Hasil kajian tersebut menunjukkan 70 peratus lelaki Eropah yang berumur di antara 25 hingga 64 tahun mengalami peningkatan ereksi, tetapi ia mengalami penurunan di kalangan seorang daripada dua lelaki yang berumur antara 55 dan 64 tahun. Ini akan menyebabkan lelaki terbabit hilang keyakinan seksual dan keupayaan memuaskan seksual pasangan mereka, dan juga mampu meningkatkan risiko depresi, kemurungan dan maruah diri."

EKSTRA: Jurang umur pesakit jantung semakin mengecil. Jika dulu, jelas pembantu profesor neurologi klinikal di Universiti Southern California, Dr. Amytis Towfighi, jurang tersebut agak besar, namun kini, disebabkan beberapa faktor, ia semakin mengecil. Lebih membimbangkan, kadar kolesterol serta tekanan darah semakin meningkat di kalangan wanita berbanding lelaki walaupun terdapat peningkatan dari aspek obesiti dan diabetes di kalangan lelaki

Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 15, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog