2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Chavez mahu tukar nama Angel Falls

AIR terjun Angel yang merupakan air terjun tertinggi di dunia iaitu 979 meter mahu ditukar nama ke nama asalnya menjadi Kerepakupai-Meru oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez.

CARACAS 21 Dis.Presiden Hugo Chavez semalam berkata, air terjun tertinggi di dunia telah terlalu lama dipanggil Angel Falls dan ia perlu dikenali menerusi nama asalnya sebagai ganti kepada nama seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) yang menemuinya pada 1933.

Dalam program televisyen mingguannya, Chavez meminta air terjun Venezuela itu dinamakan semula kepada Kerepakupai-Meru, satu nama yang diberi kaum orang asli Red Indian kepada keajaiban dunia itu, lama sebelum pengembara Jimmie Angel terbang melaluinya.

Bagaimana rakyat Venezuela boleh menerima pendapat bahawa air terjun tertinggi di dunia itu ditemui seorang lelaki yang berasal dari AS dengan kapal terbangnya? Kita perlu menukar namanya, bukan? ,’’ katanya.

Chavez pada mulanya berkata, nama air terjun itu perlu ditukar kepada Churun-Meru tetapi membetulkan kesilapannya selepas menerima sekeping nota daripada anak perempuannya, Maria yang menjelaskan bahawa nama yang diberikan kaum Red Indian, Pemon itu sebenarnya adalah Kerepakupai-Meru.

Itulah namanya, nama yang diberi puak tersebut,’’ katanya.

Air terjun tersebut, yang juga destinasi pelancongan paling terkenal Venezuela, merupakan air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 979 meter dengan curahan air setinggi 807 meter.

Ia mengalir daripada satu permukaan rata pergunungan, Auyan-Tepui di persekitaran pemandangan yang bercabang-cabang dan berhutan di Taman Negara Canaima di selatan Venezuela.

Usaha Angel yang menemui gunung dengan permukaan rata dan dilitupi awan di mana dia pernah menjumpai emas, membuatkan pengembara itu muncul sebagai orang luar pertama yang mengesan air terjun itu pada tahun 1933.

Juruterbang yang dilahirkan di Missouri itu, meninggal dunia dalam satu nahas pesawat di Panama pada tahun 1956 semasa berusia 57 tahun.

Seseorang boleh berkata, dia merupakan individu pertama melihat air terjun itu melalui kapal terbangnya. Tetapi berapa ramaikah ‘mata’ Orang Asli yang telah menyaksikan dan berdoa kepadanya (air terjun)?,’’ kata Chavez. – AP

Marjaki Rawo , Selasa, Disember 22, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog